Tuesday 27 September 2011

betol? ke tipu?

banyak rumors yang selalu kita dengar dalam kehidupan seharian kita kan?
i nak share sedikit rumors yang i selalu dengar
dan dah dianalisis betol ke tipu
diambil dari rancangan TV informasi TV jepun

rumors 1)
 Q: bateri handphone better caj bile dah nak abes betul-betul tu betul ke?
 A: tipu!
 --->
bateri telefon bimbit aka handphone sekarang diperbuat daripada Lithium-ion (Li-ion ) atau lebih dikenali sebagai Lithium ion battery (LIB) yang boleh dicas.LIB tidak mempunyai efek memori (memory effect) seperti yang ada dalam bateri yang digunakan untuk telefon bimbit sebelum ini iaitu Ni-MH. memori efek ni, senang cerita macam ni,katakan kita pakai bateri separuh (50%) lepas tu kita terus cas bateri.bateri tu nanti akan 'jot' dalam memori dia 50% itu adalah kuasa penuh bateri tu. jadi next time kita cas dia,dia akan pergi tahap 50% tu aje. tapi LIB tidak macam tu. LIB akan cas abes sampai kuasa penuh.asalkan kita xcabut plug charger tu hehe. kesimpulannya rumor 1 adalah tidak benar ^^

hayat purata bateri handphone :
500 ~1000 kali dicas

perlakuan yang boleh memendekkan hayat bateri handphone:
menggunakan handphone sewaktu mengecas
letak di tempat yang panas dalam jangkamasa yang lama

rumor 2)
Q: letak bateri (bateri biasa)dalam peti ais boleh memanjangkan hayat bateri?
A: tipu!
--->
tak dengar sangat pulak analisisnya haha..lenkali kalau jumpa fakta kukuh akan update kuikui

rumor 3)
 Q: peti ais besar pakai elektrik lagi besar?bil lagi mahal la?
 A: tipu!
--->
kat jepun ni, peti ais boleh dibahagikan kepada 3 kumpulan besar mengikut besarnya peti ais tu (容量, l). hasil penyelidikan peti ais yang paling kecik (200~300 l) tu la bil elektrik paling mahal. peti ais yang besar ni sebenarnya bayak yang dah di'工夫’kan (diperbaharui) .banayk fungsi (function) baru yang membuatkan teknologi nya makin bagus contohnya ada ruang vakuum ke etc.secara tak langsung, penggunaan elektriknya terkawal dan buatkan bil elektrik tak setinggi peti ais yang kecik tu.
-base on peti ais buatan jepun ye.peti ais lain saya taktau

ohya, peti ais yang baru pon dikatakan lagi baik daripada yang lama sebab bayak yang dah di'kaizen'^^..sekarang ni kan dah macam-macam ada eco-navi laa, boleh letak makanan panas direct and keep warm dalm peti ais la etc . mungkin awal2 beli harga mahal, tapi worth untuk pakai lama ^^..ermm nampaknya kena mintak abah OT banyak-banyak sebab nak beli peti ais baru nih muahahahha

penjimatan menggunakan petiais
-buka ruang (gap) antara peti ais dan dinding. (atau petiais dan barang lain) supaya haba dari petiais boleh dibebaskan dengan baik
-ada pendapat mengatakan supaya barang patut diletakkan dengan rapat dalam petiais, (sumbat cantik) tapi, masih belum ada fakta kukuh mengenai pendapat ini. tapi digalakkan supaya tidak terlalu penuh dan tidak terlalu kosong.
-'set' suhu paling ideal

ni la 3 rumors penjimatan kali ini.sekian ^^

c'mon guys!lets live eco

No comments:

Post a Comment