budak tecit sudah setahun
meaning : budak tecit sudah besar woo
setakat ni, anas's milestone sgt bagus.
ikut yang average baby punye Alhamdulillah
anas boleh jalan
anas dah 10kg
anas sihat
anas pandai membebel..hehe
rasanya satu peningakatan yang bagus untuk baby setahun
being a mother is not an easy task at all
sangat mencabar
sangat susah
tapi sangat indah ^^
kadang-kadang datang gak kacau tu
rujuk orang ni orang ni kata itu, orang tu pulak kata ini
website tu kata inun, blog ni kata inin
doctor tu kata sini, hoken shi ni kata sinun
tapi semua tu berbalik kepada kita
mother knows her baby the best
jadi, mintak petunjuk Allah
berdoa kepadaNya semoga apa apa keputusan yang kita buat untuk anak kita adalah terbaik
sebab semua ibu mahukan yang terbaik untuk anaknya
mungkin cara kita berbeza,
bukan semua yang tertulis dalam buku tu sesuai diamalkan untuk semua bayi kan
dan kata kata doktor tu bukan mutlak.kadang-kadang doktor pon buat salah
keputusan akhir tu kat tangan parents
pilih yang terbaik untuk anak-anak kita
tapi janganlah sesekali menafikan cara orang lain pulak
setiap orang ada cara tersendiri
btoi dak?
dan jangan lupa untuk sentiasa memohon kepada Allah
semoga kita para ibubapa diberi hidayah olehNya dalam mendidik anak-anak kita yang bakal mewarisi Islam
yang bakal memimpin generasi akan datang
khalifah di muka bumi ini
anak ni amanah Allah
jadi sama-samalah kita corakkan mereka dengan sebaik mungkin
supaya menjadi anak yang disayang Allah, makhlukNya di langit dan dibumi
amin
No comments:
Post a Comment