Monday 31 October 2011

November offer! 'tak sampai 2000 pon!'

'PB mahal!'

'Ala saya baru start kerja. Tak mampulah.'

'Rm 2 ribu lebih?!!!.. Mahalnya'


Haaa jom! Grab pb set sekarang korang!
Hanya rm1990
saya ulangi,
 RM 1990 untuk fullset!

RM1990 

'Tak sampai rm2 ribu pon?! Betul betul betul!' -upin ipin
' 2ribu kicchauzo!! Ohayameni' - japanet takata no syachou (orang duk jepung tau la ;p)



Let's live healthier life with premium beautiful!
As PB is created 70% for health and 30% for beauty!!



Hoyeah! Clapclap
Boleh hidup sihat dan jadi cantik sebagai bonus ni
Jangan tunggu lagi!
sah selagi November masih ada
owh, its mylove's birthmonth anyway *wink*


hubungi saya! cepaa~~T :D

Thursday 27 October 2011

fall oh faul!

warggghhh!

hp ku terjatuh dlm jam***!!
adehh, parah!

dia dah start keluar msg tahapeape dah 
'This accessory is not optimized for this iPhone'


tsk tsk, harap-harap encik abah berjaya mengatasi masalah ini

okay, tenang! tenang!



p/s: jangan bawak hp masuk toilet.
       (occay, ni adalah  entry tak penting, abaikan! *huuu* )

Wednesday 26 October 2011

halal

bagi yang pernah duduk oversea mesti tahu kan betapa susahnya nak cari  restoran halal. kalau jumpa mesti nak pegi punya. kalau tak berulang pon sekali mesti nak cuba kan?. hehehe

hujung minggu lalu kami lunch kat istanbul cafe, sebuah restoran makanan turki yang terletak di shizuoka-shi, lebih kurang 30minit dari rumah kami. makanan dia semua originally dari turki tapi diubahsuai menepati selera tempatan (selera jepun la)

budak ni dah tak sabar nak main tangga dah ni

sebenarnya cuaca hujan aje weekend tu, jadi kami tak ada apa-apa plan. jadi abah ajak pulak pergi makan makanan turki yang memang kita tak pernah makan..huhuhu. apa lagi!pucuk dicita ulam mendatang weyhhh! hahhaha

selepas pergi clinic mintak ubat selsema anas, kami terus ke shizuoka shi. restorannya cantik! selesa dan bersih.nak kata besar, takdelah sebesar restoran kat malaysia. tapi agak besarlah juga kalau dikira kat jepun ni (for foreign restaurant)

 buat macam rumah sendiri @ sakurai family clinic

 secara keseluruhannya, kami berpuas hati dengan layanan yang baik dan makanan pon sedap. cuma, bagi kami yang kuat melantak ni, kuantiti tak cukup!hahaha.dan disebabkan dah lapar sangat, taksempat nak snap gambar makanan.hehe..last-last gambar anas jugak!! anas lagi! *hait hait, oyabaka desu ;p*




suasana dalam kedai selesa.

interior pon cantik. tengok lampu tu.turkish-y kan?  

puding soya.sedap!beli asing pulak untuk anas sebab ni yang paling dia berminat nak makan

ini pulak teh turki. dah termasuk dalam set menu

ini pulak gambar pemimpin turki dulu. kamal attartuk.banyak jugak cerita pasal dia ni yang menarik kalau nak dijadikan teladan dan sempadan

kedai tu dari luar. diubahsuai  seakan-akan bangunan turki


[al baqarah -168]
O mankind, eat from whatever is on earth [that is] lawful and good and do not follow the footsteps of Satan. Indeed, he is to you a clear enemy.

[al maidah -88]
And eat of what Allah has provided for you [which is] lawful and good. And fear Allah , in whom you are believers.

p/s: marilah kita sama-sama mencari yang halal! ^^

Sunday 16 October 2011

PB miracles : episode 1

Alhamdulillah
segala puji bagi Allah
Dialah pemberi rezeki yang mutlak

Episod mama dan kawan mama, seorang ibu muda 'L'
Baby lelakinya baru berusia 4bulan.lahir bulan 6 yang lepas
kisah benar tau!^^ .dan bukan dari sumber kedua..ketiga...ke..

masa mama approach L bagitau pasal PB ni, L cakap dia dah pakai PB sejak 2008.
tu dia!dah 2 tahun advance dari aku!hikhik..baru aku nak promote ;)
tapi L pakai on off on off aje.kejap pakai kejap tak.tak ada 'aim' yang BESAR kot, 
sebab L ni memang badan dia bukan jenis mon macam mama ;p hehe

pastu mama tanya la pendapat L pasal PB ni

L kata 'bagus! Alhamdulillah'
'Mula-mula pakai memang susah'

yela, pakai corset ni bukanlah sama macam tak pakai apa-apa.adalah 'susah' tu sket kan..
kalo sama macam tak pakai corset, kiranya takdelah pulak kesan baik corset tu ye? ;p

Tapi, sebab PB ni banyak kebaikan L tukar mindset
dan 'Alhamdulillah jadi taksusah nak pakai PB ni'

L sebenarnya sudah berkahwin 2tahun dan sangat teringin nak menimang cahaya mata.
Ingat lagi masa mama jemput L datang kenduri mama kahwin dulu pon, (masa tu L dah kahwin)
L beriya suh dapat baby cepat-cepat.In fact, L siap bagi hadiah kahwin 1 set baju baby! Haha
terus mama bawak datang Jepun laaa hihihi.rezeki anas la tu

one-month-old-koj**-anas bergaya dengan baju aunt L bagi^^

Oktober 2010 L start pakai betul-betul
sebab dia dengar review orang cakap PB bagus untuk orang yang susah 'lekat'
Alhamdulillah November tahun yang sama L disahkan mengandung

'pakai sebulan dah lekat!' kata L

dia kata lagi
'Alhamdulillah so far berbaloi la melabur beli mahal2.hehehe.tapi jangan yakin pada PB yg bagi L preggy.semua tu kuasa Allah.yg penting usaha & tawakal, hasilnya lumayan!'



ini kisah benar tau
tak ada tokok tambah!
jadi kalau nak tau lagi pasal PB boleh pm mama
hafiizhamzah@gmail.com

ataupun hubungi kawan mama
Nadia Bakly
012- 92 444 55
Or nadiabakly@gmail.com

Friday 14 October 2011

Mt.Fuji Gogoume

Mt.Fuji a.k.a Fujisan adalah gunung tertinggi di Jepun.Fujisan ni cantik!!terutamanya kalau ada salji kat puncak dia.Subhanallah.fujisan ni kalau tengok dari arah mana pon dikatakan sama aje.sebab bentuk dia simetri.haa, tu salah satu keunikan fujisan
Fujisan on that day (atas awan tu)


I pernah panjat Fujisan ni dulu.masa 1st year U.haha cerita lapuk!panjat malam sebab nak tengok sunrise pagi nya.subhanallah !sangat cantik..tapi gambar-gamba climbing dulu semua dah takada :((

Gogoume ni adalah permulaan pendakian ke puncak Fujisan.ketinggian 2,300km dari aras laut.maknanya kat sini final station boleh naik ngan kereta.masa kami pergi minggu lepas dah sejuk sangat dah kat Gogoume tu.padahal baru awal musim luruh.dekat 2goume dah boleh tengok 'kouyou' (red leaves) dah.kiranya kami pon 'kouyou gari' la sekali

Kami kesana dengan beberapa kenalan lama dari universiti dulu.sekarang semua dah berkeluarga dan beranak pinak.cepat betul masa berlalu.masing-masing duduk jauh.kebetulan ada jugak wives yang datang dari malaysia visiting incik suami masing-masing sekali, jadi semangat la sikit nak berkumpul sambil makan angin ^^

Masa kami pergi ni, anas tak berapa sihat.selsema dah 3 hari.badan pon dedar-dedar.jadi kami pon takdelah nak mengaktifkan diri.perjalanan pon jauh.3jam lebih ikut highway sebab Gogoume tu terletak dalam Yamanashi-Ken.(prefecture lain).kami pon ikut jalan dalam sebab masa tu 3renkyu (cuti 3 hari sebab isnin tu jap's public holiday).sah-sah jam panjang kalau ikut exit Gotemba.jadi kami keluar kut Fuji exit.jadinya perjalanan kami ambil masa sikit. mula-mula kami semua ke Kawaguchi Lake for petit picnic.bentou dibawak oleh umi Murni.hehe kami bawak diri aje.haha..thank you umi Mur.sedap mi goreng!lenkali boleh la bawak tiramisu sekali harharhar

us  @ Kawaguchi Lake , Yamanashi Prefecture


anas joining acan&ucin team

all of us

Dah sembang-sembang dan makan-makan sikit dalam pukul3 kami bergerak ke Subaru Line menuju Gogoume.Subaru Line ni nak masuk kena caj ¥2000 per kete biasa..aiyo!!mahal !tapi takpela sekali aje ni.pasni tak datang dah hahaha

Dalam perjalanan ke puncak, kami singah di Oosawa stop (4goume) ambil-ambil gambar sementara tungu kereta lain sampai.waktu sampai tu anas tidur.tapi terbangun sebab sejuk kat luar.haha.tiap kali angin datang, kejng badan.haha
anas was still sleeping at this time


still mamai ni


Lepas solat, kami teruskan perjalanan ke Gogoume.sangat sejuk!cepat-cepat kami masuk dalam kedai sourvenir.dah ambil haba sikit, baru keluar balik ambil gambo.haha.anas suka la.sebab dia boleh 'lari' dengan lajunya kat sini.kat lake tadi berbatu-batu.jadi dia xdibenarkan tunjuk skil lari dia.kat sini dia 'lari' sepenuh hati.(kimochi ha hashirundakedo naa, speed ha hontou amma kawannai hehe)





 
Fujisan at the back


kami sampai pon dah gelap, jadi puncak fuji pon dah ditutup awan.tapi tiap kali awan tu dah lari, seme duk kalut2 ambil gambar dengan family masing-masing.'cepat-cepat!awan dah takde.gambar!gambar! ..Joe! camera Joe!' haha

  
ala, bagila can! :p

lepas makan malam sama-sama kami balik ke tempat masing-masing.we really had fun that day.cathing up with old and new friends,jalan-jalan, makan-makan like those old days.thank you semua.jumpa lagi nanti!

and for us, a long journey was still waiting thatt night.and worst, abah had to go to work the next day!haha

abah,weekwnd ni kita nak pergi mana pulak? ;)

Tuesday 11 October 2011

jalan jalan

nak update blog pon susah sekarang
as budak tecit sangat suka 'online' gak
dia sibuk duk depan komp
duk ketuk-ketuk mouse
ketuk-ketuk keyboard
aishhh

kena la bagi can kat budak setahun jagung tu
manalah tau boleh jadi pakar IT ke nanti
insyaAllah ^^

ok,,looking forward to update about our recent weekend activities
soon

i guess hehe

Monday 3 October 2011

ONE!

budak tecit sudah setahun
meaning : budak tecit sudah besar woo

setakat ni, anas's milestone sgt bagus.
ikut yang average baby punye Alhamdulillah
anas boleh jalan
anas dah 10kg
anas sihat
anas pandai membebel..hehe

rasanya satu peningakatan yang bagus untuk baby setahun

being a mother is not an easy task at all
sangat mencabar
sangat susah
tapi sangat indah ^^


kadang-kadang datang gak kacau tu
rujuk orang ni orang ni kata itu, orang tu pulak kata ini
website tu kata inun, blog ni kata inin
doctor tu kata sini, hoken shi ni kata sinun

tapi semua tu berbalik kepada kita
mother knows her baby the best
jadi, mintak petunjuk Allah
berdoa kepadaNya semoga apa apa keputusan yang kita buat untuk anak kita adalah terbaik
sebab semua ibu mahukan yang terbaik untuk anaknya

mungkin cara kita berbeza,
bukan semua yang tertulis dalam buku tu sesuai diamalkan untuk semua bayi kan
dan kata kata doktor tu bukan mutlak.kadang-kadang doktor pon buat salah
keputusan akhir tu kat tangan parents
pilih yang terbaik untuk anak-anak kita
tapi janganlah sesekali menafikan cara orang lain pulak
setiap orang ada cara tersendiri
btoi dak?

dan jangan lupa untuk sentiasa memohon kepada Allah
semoga kita para ibubapa diberi hidayah olehNya dalam mendidik anak-anak kita yang bakal mewarisi Islam
yang bakal memimpin generasi akan datang
khalifah di muka bumi ini


anak ni amanah Allah
jadi sama-samalah kita corakkan mereka dengan sebaik mungkin
supaya menjadi anak yang disayang Allah, makhlukNya di langit dan dibumi
amin