Friday 25 November 2011

kenapa PB?

PB as your side income


kenapa PB? 

 kerana dengan PB....


1) RM 4,500 sah-sah jadi bonus!



2) Percutian ke Vietnam 4D3N ( tiket MAS, hotel makan ditanggung! full coverage!! ;p)


3)  voucher percutian

bernilai RM 25,000!

· 2D1N penginapan di hotel 5star sekitar KL untuk 2 orang
· Axle Driving Experience – with Alex Young Motorsports
· 3D2N percutian di Langkawi/ PD/ Kuantan/ Genting Highland/ Penang untuk 2 orang
· 4D3N percutian di Bali/ Phuket for 2 orang
dan banyak lagi…


ada car fund, jamtangan free, pen, bag dll
yang penting; financial freedom korang ! weee


all by easy online business selling
Premium Beautiful :)

insyaAllah

Surat Al-'Anfāl [8:53]

That is because Allah would not change a favor which He had bestowed upon a people until they change what is within themselves. And indeed, Allah is Hearing and Knowing.

thanks partner

Thursday 24 November 2011

grow teddy grow!

teddy bear mama sudah besar!

tadaaaaa!!!

tengok tu, dah senteng!! hahaha

 
teddy bear kaki kalerful gedek-gedek pulang petang

sebab sekarang dah sejuk, so mama malas nak bawak anas jalan jauh-jauh. duk main kat parking depan rumah ajela.

nak jalan jauh-jauh tunggu weekend. abah ada baru syok! mama tak larat nak kejor kamu anas


3 months old anas.

cepatnya kamu besar anak oi

Wednesday 16 November 2011

Eid Adha 1432

Selamat hari raya haji untuk semua umat Islam seluruh dunia.

Raya haritu kami ke Toyohashi atas undangan seorang kawan yang baru melahirkan bayi lelakinya. Plan asal nak melawat baby Iyaad, kena pulak hari raya, jadi kami terus raya sekali. Lagipun dah lama tak beraya beramai-ramai ^^

18days old  baby Iyaad dan Tokma

Kami bertolak pukul 7.00 pagi, err lebih sikit ;p..Solat sunat aidliadha dijadualkan pada pukul 830 pagi. Kami bercadang nak solat sekali sebab mungkin ini raya kami terakhir kat nippon ke manalah tau ,kan?! haha. Bangun awal dah. Tapi kami baru nak masak n iron baju raya pagi tu, sebab hari sebelumnya kami ke Daidougei Festival di Shizuoka City. Abah masak nasi kuning dan ayam kurma. Tak lupa bekal untuk hero kesayangannya jugak ^^

Waktu kami sampai di 'Kaikan ToyoGiDai , orang dah abes solat..zannendeshita!:(( Ramai jugak muslimin dan muslimat kat sini. Kemudian kami berkunjung ke rumah abang-abang dan kakak-kakak yang buat open house.hehe !

 satu-satunya gambar raya kami. gambar abah? langsung takdak haha


 aweks cun


  cubaan untuk membolot semua kek lapis sarawak aunt Dilla


 macam biasa, suka buat macam rumah sendiri


 'erm, macam mana nak masuk dlm tv ni, kalau dapat masuk mesti abah suka'

;p


Alhamdulillah!Diberi peluang untuk beraya lagi. Semoga kita semua diberi kesempatan mengingati pengorbanan Nabi Ibrahim dan anaknya Nabi Ismail di tahun-tahun akan datang. Tidak lupa juga untuk berdoa semoga diberi kesempatan oleh Allah untuk mengerjakan Haji di tahun yang mendatang InsyaAllah^^.



ps: bestnya raya ramai-ramai. iinaa

Tuesday 8 November 2011

paburoba da kasanoba

Inilah pavlova comot untuk incik abah!*clapclap*
inspired by kak ita yokohama nun..thank you kak ita!
saya copypaste aje ni kak. nak tempek resepi buat rujukan untuk masa depan :))

Resepi pon ambil dari kak ita yang dikatanya dintai-intai dari rumah kak Rima Singapore nun
resepi asal dari Jun @cupkekasi
terima kasih semua kerana sudi kongsi resepi



Pavlova
Bahan-bahannya

120 g putih telur - mama pakai 6 biji telur saiz SM
200 g gula kastor (1cawan ) - mama letak 160g aje
1/2 sudu teh esen vanilla - tak letak sebab ada orang bagi advise kalau nak pavlova 
jadi putih better tak letak @ tukar pakai orange oil etc
1 sudu teh cuka makan - tak letak sebab takde cuka. ganti dengan lemon
1/2 sudu besar tepung jagung- letak 1 tbs tepung jagung

Hiasan
1 cawan heavy whipping cream - mama pakai fresh cream biasa aje
boleh letak topping buah- buahan kegemaran
(mama letak buah yang ada aje, kiwi, melon, orange)

tak ada gambar cantik pulak. rujuk page kak ita la. gambar dia cantik-cantik

Cara membuatnya
 
1. Panaskan oven 130 darjah selsius, dan letak rak di bahagian tengah.
2. Oles mentega sedikit sahaja pada loyang bakar (loyang biskut) dan lapik dengan kertas.
3. Sebelum itu, lukis bentuk bulatan 9" in diameter sebagai panduan untuk menuang adunan nanti. Terbalikkan kertas itu ketika melapik loyang supaya bahagian berlukis tidak mengenai adunan. (mungkin better letak butter sikit atas kertas sebab haritu buat pavlova dan kertas melekat)
4. Masukkan putih telur dalam mangkuk dan pukul dengan kelajuan sederhana sehingga menjadi buih yang gebu dan stabil serta hujungnya nampak tajam macam duri durian.
5. Masukkan gula sedikit demi sedikit sampai habis dan baru ubah kelajuan kepada maksimum.
6. Putih telur akan semakin menggebu selepas 4, 5 minit. Masukkan esen vanilla, cuka (letak lemon aje) dan tepung jagung.
7. Guna spatula plastik untuk mengaup adunan dan letakkan dalam loyang dan perkemaskan bahagian keliling meringue ini supaya nampak lebih comel. (atau boleh masukkan dalam piping bag, dan buatla corak sesuka hati heh)
8. Bakar antara 60 - 75 minit, sehingga lapisan luar meringue menjadi keras rangup (dalamnya gebu lembut).
9. Matikan oven dan buka sedikit pintu oven. Setelah sejuk, simpan dalam bekas kedap udara.
10. Bila nak hidang baru disapu fresh cream (whipping cream) dan hias dengan buah-buahan dan sirap yang disukai.


Sedap pavlova ni. abah suka, anas pon suka. tapi taktau la betul ke macam ni sepatutnya rasa dia. hehe. sebab tak pernah makan sebelum ni.hehe. tapi makan undress pavlova ni memang manis sikit. kalau campur dengan krim and buah, rasanya mabeles!mabeles!

Sangat worth untuk try! cubalah!(^o^) tak susah.. lagi-lagi kalau ada pertolongan dari little masterchef !;p 
 dia duk tonggang bowl fresh cream

pastu bawak lari masuk bilik haih anas, anas

Hari tu hari jadi abah, ingat nak masak spesel sikit, tapi ini aje yang termampu buat. Burger takdan siap pulak. Banyak pulak barang short kat rumah hehe *alasan*

duk ngadap makanan, tapi mata kat tv
 
 my first trial of chicken pot pie.dalam tu buat chicken stew aje. Belajar dari youtube sensei aje ;p.tutorial

 ini

anas's chicken pot pie. need to find a very good tutorial on how to make pie crust. yang buat kali ni hentam sendiri aje

Hari esoknya, kami ambil kek birthhday abah kat kedai yang memang dah lama ditempah.banyak pulak desert kat rumah sekarang ni. isk isk! takpe takpe.rezeki ni .Alhamdulillah

selamat hari jadi kanda!

p/s untuk diri sendiri: Jangan skip pakai PB ye

Monday 7 November 2011

saya suka matcha purin ini

sedap woo! Incik abah pegi out-stesen kat Nara singgah di Kyoto beli ni
fuhhh jauhhh tuuu

dah lama tak makan,
ermm sedapnya^^

Thank you incik abah,
Buat susah-susah aje ;p



sangat suka!

Saturday 5 November 2011

26 now

It's my love' s birthday!

and i made him omelette 
(haha,, yea, i know it's kejam)



"otanjoubi omedetou abahsayang
semoga panjang umur
sihat tubuh badan 
dimurahkan rezeki
dan sentiasa dalam cinta Allah "

p/s i love u

Thursday 3 November 2011

zoo debut!

Hujung minggu lepas kami pergi zoo!tengok ba (bird), ba (rusa), ba (monyet) dan lain-lain lagi ;p..haha betul ni tak tipu!tapi bagi anas seme binatang-binatang tu semua dia panggil be.(read 'be'-bird punya sebutan without 'rd'). Kami pergi ke nihondaira zoo. terletak dalam shizuoka city jugak. Nihondaira ni jugak terkenal dengan ropeway.tapi kami  tak pergi lagi la pulak.Tengoklah kalau ada rezeki lainkali.

Bayar masuk untuk orang dewasa ¥500 aje.agak murah la kan?tu yang kami suka!murah atau pun freeeeeeeeee!hehe.parking pon banyak, jadi tak ada masalah.masa kami pergi tu takdelah pulak sesak, ok-ok aje.zoo ni pon bukanlah besar sangat tapi ideal untuk bawak budak-budak.

Kami masuk dari pintu Timur (東口)sebab parking kat situ.jadi awal-awal yang menyambut kami adalah ini タンチョウ.apa benda dlm bahasa melayu nya entah.dah lupa.tapi dalam bahasa anas 'ba!'

ma, ba!

ba ba! ba ba ba!

ok, time ni dah abes cakap 'ba ba' dah.dah masham!

Lepas tu kami 'round' kat spesies monyet pulak.ada nihonzaru, mandril, cimpanzi orangutan dan lain-lain lagi. tapi taktaula perasaan ke hape, monyet-monyet ni tak ceria (genkinasasou). semua nak pusing belakang. agaknya bosan kot duduk kat situ aje.tak boleh nak monkeying around.

ni orang utan ni. asal borneo. rasa macam satu kampung pulak, jadi kami tegur la pakai bahasa melayu ;p

ni baby orang utan. kecik sangat!dan lagi nak jenguk muka time orang nak ambil gambo dia

Kemudian kami pergi area binatang liar pulak. ada harimau, singa, jaguar, beruang kutub dan lain-lain lagi. yang paling best nya, area ni dalam bangunan. jadi, tak panas sangat.( atau mungkin taksejuk sangat untuk melawat pada musim sejuk).

sea lion @azarashi
anas takut TORA!

 mowglinas try bersemuka dengan bagheera ^^

Keluar dari bangunan tadi,  kami pergi area gajah ,zirafah bison dll.anas try bagi zirafah makan daun!haha tapi dia baling aje daun tu sebab takut tengok lidah zirafah tu. panjanggg! jangankan anas, mama anas pon menjerit lol!
orang duk sibuk tengok gajah, dia duk sibuk belek wire tu

 tapi dalam banyak-banyak, kat sini jugak dia paling suka.sebab ramai budak. anas ni ada hati nak berkawan dengan budak yang lagi besar dari dia..smaller kalu, tak layan!


Dekat area rumah burung, ada orang jual aiskrim!popcorn pon ada.kami singgah kejap layan aiskrim.kat sini jugak ada 'theme park' kecil.sesuai untuk budak-budak. anas belum lagi.tak cukup inci



kami skip rumah burung sebab hari dah gelap (as maghrib masuk awal sebab dah masuk musim luruh) .kami naik ropeway ke gondola ke apa tah namanya ni.ini kena bayar asing ¥100 sorang. paling ramai boleh naik satu godola tu 2 dewasa dan 1 budak. nampak tak yang melingkar tu? itu adalah gelungsur. biasanya orang akan turun pakai gelungsur jadi takpayah la bayar¥100 untuk turun pulak.ada sarungtangan dibekalkan untuk turun, sebab gelungsur panjang ni landai aje.
kami turun pakai gondola aje.sebab kami pakai crocs je aritu.crocs tak dibenarkan atas sebab keselamatan. masa turun tu, boleh nampak fujisan!!cantik, subhanallah.tapi masa kami pergi ni daun-daun tak bertukar warna sepenuhnya lai,masih kuning sikit-sikit aje.agaknya kalau dah full kouyou mesti lagi cantik 

overall, zoo ini sesuai untuk bawak anak kecil. ia tak sesak, taklah besar sangat dan binatang yang ada pon dah cukup menarik.yang paling penting bayaran masuk nya tak mahal hehe.

lainkali boleh pergi lagi kan bah?! hehe