Wednesday 21 November 2012

pray for them, pray for us

macam biasa, kalo abah duk belek ifon dia, anas akan menyibuk nak join sekali.
mama sempat intai sikit. 'comelnya game tembak-tembak abah main'

Then, abah datang dapur leaving anas with his phone alone.
tetiba anas datang lari kat abah sambil pegang kaki abah.

'aik, kenapa anas?'

'anas takut!' kata abah
'tengah tengok animation pasal Gaza.'
'tengok bom bom tu dia takut kot'

Ya Allah
budak besar tu pon faham.
perang tu menakutkan.

tu animation yang jenis comel-comel tu.
belum lagi video sebenar keadaan Gaza sekarang.



semoga Allah melindungi saudara-saudra kita di Gaza.
semoga Allah melindungi babies, kanak- kanak dan wanita.
semoga Allah memberi kekuatan kepada pejuang mujahid 1000x kekuatan biasa.
semoga mati mereka mati syahid.

semoga dikuatkan iman mereka.
semoga dikuatkan juga iman kita.

amin.

Sunday 21 October 2012

o.b.s.e.s.s



yes! im obsess with my kids
hello!! ibu mana yang tak hokayyy
once dah jadik mak orang nanti taulah korang ;p

tak perlu reason to looooveeeee these cute creatures 
babies are just adorable u cannot resist

:) :) :)
petang tadi mama jumpa kawan2 time kat UM dulu. seriously its so nice catching up stories dan mengenang kisah lampau time kanak-kanak ribena dulu. cerita pasal bendera, pasal baling kasut after makan mcD ramai-ramai, kisah tidur tersengguk-sengguk tak hengat punya.... tapi before i realizing it, when i start talking my stories seme pasal budak-budak dua orang nih. haha

2 tahun lepas start bergelar mak orang ni memang dalam kepala hotak mama seme pasal anak-anak aje.
masa kat jepun dulu pon, kalau jumpa orang pon mesti cakap pasal anak dan family. jadi hidup memang dengan dan pasal derang aje.

taktau lah kalau budak-budak tu (my friends) annoyed ke dengan mama (haha). tapi memang even when i tried to changed the topics i will come back with stories about anas and zaid. now i completely can assure you i AM obsess with my kids haha

おやばかです ;)


last pic taken when we were `still` three


puchibakazoku
then, lil zaid came. make us four! lucky four insyaallah


of course obsess with the kids` daddy too. aww
ok.gedik!

Friday 21 September 2012

anas jaga adik

hari ni.

situasi:
mama kat dapur, preparing lunch
anas watching OhMyEnglish
adik nangis, tak selesa ngan nappy dia

mama: anas, could you plz tengok adik. adik nangis tu
(sambil meneruskan masak)

no responds from anas. dengar bunyi tv aje

da siap masak, mama check pergi kat adik.

guess what i found?

salon pass abah bertaburan tepi adik. haha

anas bagi adik salon pass incase sakit-sakit badan macam abah kot. lol

Friday 14 September 2012

jamak, qasar, jamak qasar


Dapat artikel ni dari facebook dari senior kat jepun dulu..sangat membantu men"clear"kan salah faham kita dalam tajuk ini. Kita ingat kita faham,tapi tak sebenarnya. Jom baca!

#Islam itu indah & mudah :) #

Menghadiri ‘conference’ dalam dan luar negara bukan perkara ganjil. Ramai yang pergi dan kembali, bahkan ramai yang berulang-alik ke pelbagai destinasi dengan niat mengembangkan ilmu. Ini perkara rutin bagi seorang researcher atau ahli akademik di universiti atau ‘research centre’. Tidak ketinggalan bagi yang suka melancong, musafir adalah perkara ‘ghalib’.



Sungguhpun setiap musafir dengan niat kerana Allah besar ganjaran pahalanya, namun harus ditelusuri feqah yang berkaitan dengan musafir tersebut, adakah bertepatan dengan syariah? Mungkin ramai yang tidak pernah mengambil kisah akan adab musafir mengikut sunnah. Amat rugi, jika kita tidak mengambil kepentingan dari perkara adab dan sunnah Rasul. Namun perkara sunat bukanlah ‘aula’ jika yang wajib masih terumbang-ambing. Antara sedar atau tidak, ramai yang melakukan kesalahan berulang akan hal yang wajib seperti SOLAT.


Walaupun isu solat jamak atau jamak qasar bukan lagi menjadi topik perbincangan mutakhir ini, namun saya melihat ianya masih lagi perlu diperhalusi kerana masih banyak salah faham yang berlaku. Malah, masalah ini seringkali berlegar-legar dalam kumpulan teman-teman yang bermusafir bersama saya. Tidak kira musafir ke tempat jauh atau dekat, isu solat tidak boleh dipandang remeh.

Lihat situasi berikut:

Sehingga ke hari ini, masih ramai yang menganggap bahawa solat jamak qasar boleh dilakukan 3 hari pertama berada di sesuatu tempat. Sedangkan menduduki tempat melebihi 3 hari tidak lagi dikira musafir tetapi ‘bermukim’ (sudah gugur taraf musafir). Jadi, solat jamak qasar sama sekali tidak ‘valid’ apabila anda telah sampai ke destinasi. Tiada nas yang membenarkan solat jamak qasar pada 3 hari pertama anda bermukim. Solat jamak qasar hanya ‘valid’ sepanjang perjalanan anda yang melebihi 89 km dan tidak ‘valid’ sebaik tiba di destinasi yang anda ingin duduki melebihi 3 hari. Sekali lagi diingatkan, jamak qasar selama 3 hari hanya dibenarkan untuk orang yang benar-benar singgah tidak melebihi tiga hari di sesuatu tempat.

Namun, anda masih diberi rukhsah untuk menjamakkan solat apabila berada dalam situasi yang sukar. Dan jamak ini dibenarkan sepanjang tempoh mukim atas sebab-sebab yang diizinkan syarak. Salah faham berlaku apabila kebanyakan kita tidak jelas akan perbezaan antara solat jamak qasar dan solat jamak. Mungkin silibus pendidikan Islam di peringkat sekolah perlu dikaji semula kerana belum mampu memberi kefahaman tentang masalah feqah yang paling utama ini. Ataupun ustaz ustazah perlu mengkaji kaedah pengajaran agar lebih berkesan dan dapat difahami oleh pelajar di sekolah.

Sedikit pencerahan tentang solat qasar dan solat jamak.

1) Solat Qasar

Sekiranya anda bermusafir ke sesuatu tempat yang perjalanannya melebihi dua marhalah atau 89 kilometer, maka diharuskan untuk mengqasarkan solat.

(Dua marhalah bersamaan empat burudin di mana setiap burudin mempunyai empat farsakh dan setiap farsakh terdiri daripada 5514 meter mengikut kiraan moden. Dari itu, dua marhalah adalah bersamaan 89 km.)

“Dan apabila kamu musafir di muka bumi, maka kamu tidaklah berdosa mengqasarkan (memendekkan) solat jika kamu takut diserang oleh orang kafir…” [an-Nisa’ : 101]

Bahkan dalam satu hadith Riwayat An-Nasa’i dan Abu Daud, Rasulullah s.a.w mengharuskan para sahabat mengqasarkan solat walaupun bermusafir dalam keadaan aman.

Qasar adalah memendekkan solat, yang 4 kepada 2.

Syarat qasar :

1) Jarak perjalanan > 89 km

2) Bermusafir tidak melebihi 3 hari penuh (tidak termasuk hari berangkat dan pulang)

3) Sudah memulakan perjalanan dan keluar dari mukim atau kawasan kampungnya.

Apa bezanya solat qasar dan solat jamak?

2) Solat jamak

Pada asasnya, solat jamak tidak berkaitan secara langsung dengan solat qasar dan ianya boleh dilakukan atas pelbagai keperluan yang dibenarkan syarak. Solat jamak maksudnya menghimpunkan solat tanpa mengurangkan rakaat.

Perkara yang membolehkan jamak:

Dalam Syarah Muslim, Imam al-Nawawi r.a berkata: “Beberapa imam membolehkan jamak bagi orang yang tidak musafir, bila terdapat suatu kepentingan, asalkan hal itu tidak dijadikan kebiasaan. Ini juga merupakan pendapat Ibnu Sirin dan Asyhab dari golongan Maliki, juga pendapat al-Quffal dan al-Syasy al-Kabir dari golongan Syafi’i, juga dari Ishak Marwazi dan dari jemaah ahli hadis, serta pendapat yang dipilih oleh Ibnul Mundzir. [al-Majmu’, jil. 4, ms. 264]

Dalam kitab feqah karangan Dr. Basri Ibrahim ada menjelaskan keharusan jamak kepada beberapa golongan yang memerlukan seperti sakit, ketakutan, pekerjaan yang punya maslahat kepada umat, bencana alam dan musafir. Bahkan syarat bagi musafir untuk menjamakkan solat tidak diwajibkan melebihi dua marhalah. Waima orang yang terperangkap dalam kesesakan jalan raya dan tidak mampu keluar dari situasi tersebut boleh berniat jamak, dan melaksanakan solat jamak ta’khir apabila sampai di rumah. Ini kerana solat jamak tidak terikat kepada syarat jarak perjalanan, musafir, bermukim dan keluar dari mukim.


2 Jenis solat jamak yang anda sedia maklum:

1. Jamak Taqdim iaitu mengerjakan solat Zuhur dan solat Asar dalam waktu Zuhur atau solat Maghrib dan solat Isya’ dalam waktu Maghrib.


Syarat jamak Taqdim :

1) Hendaklah bersolat secara tertib iaitu mendahulukan solat Zuhur daripada solat Asar dan solat Maghrib daripada solat Isya'.

2) Hendaklah niat Jamak Taqdim di dalam solat pertama sebelum salam tetapi yang afdhalnya di dalam takbiratul ihram.

3) Berturut-turut di antara solat yang dijamakkan itu.

4) Berkeyakinan adanya waktu solat yang pertama (Zuhur atau Maghrib) berkekalan sehingga didirikan solat yang kedua (Asar atau Isya’).


2. Jamak Ta’khir pula ialah mengerjakan solat Zuhur dan solat Asar dalam waktu Asar atau solat Maghrib dan solat Isya’ dalam waktu Isya’.


Syarat jamak Ta’khir :

1) Hendaklah berniat jamak ta’khir dalam waktu pertama iaitu Zuhur atau Maghrib. Tidak sah solat jamak ta’khir yang dilakukan akibat luput waktu solat, tanpa diniatkan sedari awal waktu solat yang pertama.


Jadi, apa perbezaan jamak qasar dan jamak?


Sangat berbeza kerana,

1. Jamak qasar bermaksud menghimpunkan dan memendekkan, manakala jamak bermaksud menghimpunkan sahaja.

2. Jamak qasar hanya dibenarkan bagi orang yang sedang bermusafir melebih 2 marhalah dan singgah tidak melebihi 3 hari penuh.

3. Jamak pula dibenarkan pada pelbagai keadaan mengikut keperluan yang syari’e.


Lihat situasi berikut :


Contoh 1: Ulama membincangkan masalah solat jamak sebelum memulakan perjalanan. Jumhur ulama berpendapat, boleh menjamakkan solat sebelum bertolak sekiranya dibimbangi berlaku kesukaran untuk solat dalam perjalanan. Pendapat ini berdasarkan hadith:

"Rasulullah saw menjamakkan solat Zohor dan Asar di Madinah, pada masa itu tiada ketakutan dan tidak pula musafir, Abu al-Zubair berkata : Aku bertanya kepada Sa'ed (iaitu Ibn Jubair), Kenapa baginda melakukan begitu? Dia berkata, Aku telah bertanya Ibn 'Abbas soalan yang sama, dan dia berkata : Baginda tidak mahu sesiapa dikalangan umatnya menghadapi kesukaran" [Hadith Riwayat Muslim no. 705].

Tapi perlu diingat.. yang dibenarkan adalah solat JAMAK, bukan JAMAK QASAR.

Sekali lagi ditekankan bahawa jamak qasar hanya boleh dilakukan apabila anda sudah memulakan perjalanan dan keluar daripada mukim.

“Diantara syarat-syarat sah memendekkan (qasar) solat adalah hendaklah musafir melepasi pagar kampung (balad) yang dimulakan permusafirannya" [al-Fiqh al-Manhaji 1/187].


Contoh 2: Anda sudahpun dalam perjalanan pulang ke rumah. Akibat kesulitan sepanjang perjalanan pulang menyebabkan anda tidak mampu menunaikan solat dalam perjalanan. Sebagai contoh, jalan yang sangat 'jam' (musim perayaan) yang boleh menyebabkan terluput waktu solat. Maka dibolehkan anda jamak ta’khir di rumah. Sekali lagi ditegaskan, dibolehkan JAMAK, bukan JAMAK QASAR. Kerana jamak qasar tidak ‘valid’ apabila anda telah sampai di rumah.


Contoh 3: Apabila mengalami sebarang kesulitan di tempat anda bermukim (musafir yang melebihi 3 hari), maka dibolehkan jamak. Contoh kesulitan berbeza mengikut situasi. Berada di tempat asing memungkinkan kita berhadapan dengan pelbagai masalah. Hanya yang mengalaminya dapat merasakannya. Jangan tinggalkan solat, sebaliknya jamaklah pada sesetengah keadaan yang sulit. Allah telah memberi kelonggaran kepada hamba-hambanya pada setiap keadaan agar kita menjadi hamba yang sentiasa ta’at.

Syeikh Mohammad Salih al-Munajjid juga pernah menyatakan hal ini :
"Dibenarkan bagi seseorang yang bermukim (tidak musafir) menjamakkan dua solat jika ia menjadi terlalu sukar untuk melakukan solat yang kedua pada waktunya. Kebenaran menjamakkan solat adalah LUAS berbanding dengan memendekkan solat, kerana memendek (qasar) solat hanya dibenarkan kepada musafir sahaja. Akan tetapi jamak dibenarkan kepada musafir dan bukan musafir untuk menjamak solat apabila menghadapi kesukaran menunaikan solat samaada pada waktunya atau didalam jemaah".

Dengan itu, jelas sekali ketetapan untuk solat tidak pernah gugur walaupun kita berada dalam kesulitan. Bahkan Allah telah memberi kemudahan untuk kita tetap ‘thabat’ di atas jalan-jalan orang yang abid.

"(Dengan ketetapan yang demikian itu) Allah menghendaki kamu beroleh kemudahan dan Dia tidak menghendaki kamu menanggung kesukaran"[al-Baqarah : 185]

"dan Dia tidak menjadikan kamu menanggung sesuatu keberatan dan susah payah dalam perkara agama" [al-Haj : 78]


_________________________________________________________________________________
Disclaimer Note : Setiap pendapat saya adalah bukan pendapat peribadi yang condong kepada mana-mana fahaman. Pangkal dalam setiap hukum syariat Islam adalah dalil dari al-Quran dan hadith. Telah berkata Imam Malik r.a, “mana-mana pendapat yang dilontarkan setiap muslim boleh diambil dan boleh ditolak, kecuali yang datang dari Muhammad s.a.w”. Jadi, sekiranya terdapat pendapat yang tersasar daripada dalil yang sahih, maka lakukan penolakan. Yusuf Qardhawi pernah mengingatkan bahawa setiap muslim adalah tawanan hujah yang kuat serta dalil yang sahih. Dr. Yusuf al-Qaradawi juga telah mengupas mengenai isu jamak dan qasar ini dalam Fatwa Mu‘asarah (1/245, cetakan Dar Uli al-Nuha, Beirut ).
Allah Lebih Mengetahui.
ASMAH ALIAS. UiTM. AS 990, 9 Sept 2012, 22 Syawal 1433 H

Wednesday 12 September 2012

'angin'

alhamdulillah

mama dah abes pantang. emm bagi mama zaid dah abes pantang. why? sebab mama  xdela pantang sangat. cuma buat yang obvious kena pantang for zaid aje. contoh nya xmakan makanan yang susah nak hadam macam kacang ke, sebab nanti 'angin'. so, raya aritu no kuah kacang (。-_-。). tapi MIL bagi sesuap for hilangkan kempunan ;). lemang pon tak boleh makan. pulut based food memang angin banyak sebab susah nak hadam even kita dah kunyah banyak. kalo ikut mama, mama hentam aje, tapi nanti kesian zaid. orang kata angin ni boleh berjangkit kat anak. erm, mama pon taktau macam mana mekanisme nya. tapi i guess better ikut kot bab ni. takmo zaid jadi bahan eksperimen plak. haha. dalam banyak- banyak pantang !ni lah yang mama paling ikut. tu pon kadang- kadang 'ter' jugak haha. masa anas dulu, memang takde nye aku nak amalkan pantang ni. 'angin'? apa tu? haha. tapi even anas lahir musim raya jugak, (2nd syawal) kami takde makanan yang menyelerakan-sampai- langgar-pantang sangat. raya dulu paling-paling pon mama buat rendang je. no lemang ketupat bagai. 

pernah sekali zaid kena 'angin' (kot). zaid tak boleh tido malam tu. perut kembung. meragam la sikit. perut zaid memang mama tuam je tetiap hari. mama takde tuam yang comel-comel bunjut tu. mama just pekapkan kain ke iron, rasa dulu panas sangat ke tak sebelum tuam kat perut zaid. tuam express haha. masa kat jepun dulu, masa cakap kat doctor pasal angin, derang macam tak ambil pot sangat. ke memang takde istilah angin tu kot. cuma, kalo perut baby tak selesa, keep breastfeeding. biar baby membuang banyak. kalau banyak angin pon, insyaAllah dengan breastfeeding, baby akan automatic banyak kentut. jadi bila baby banyak kentut, maknanya dia buang 'angin'. jangan bimbang. selain tu, everytime lepas menyusu, pastikan baby burp dengan betul. breastfed baby kurang sikit burp jika dibandingkan dengan bottle-fed baby. satu lagi, gosok perut baby buat bentuk 'の' kat area pusat. insyaAllah kentut-kentutlah baby.

satu lagi kat orang tua-tua suruh pakaikan baby stokin or booties untuk halang angin. mm, mama tak paham mekanisme dia. so mama pandai-pandai buat teori sendiri. kalo tak pakaikan stokin, sejuk so badan angin. boleh? haha. jadinya, kalo tak sejuk takpela tak pakai kan haha. pendapat kata angin masuk kut kaku tu mama takboleh terima. sori, otakku lembab sikit nak terima fakta sebegitu. masa kat jepun dulu, derang tak bagi pakaikan baby booties or mitten dalam rumah. sebab derang nak suh biasakan baby dengan cuaca kat sana. kalo duk pakai aje, karang tak tahan sejuk pulak. anas dulu memang tak pernah pakaikan stokin dalam rumah. err, keluar pon kadang- kadang je pakai. haha. mitten pon tak pakai sampai calar balar muka budak tu dia cakar sendiri. haha. tapi ada point nya mama tak pakaikan. kita 'belajar' the most melalui kulit kita. kalo kita cover, jadi hilanglah sense tu. anggota kita yang paling banyak ' menyentuh' kan ke tangan. so, betul la pegangan orang jepun ni.  kan best mama-mama seme pegang jari baby while menyusu instead of pegang mitten? ye dak? tapi kalo budak mencakar banyak sangat , pakaikan pon bagus jugak. macam zaid ni, tetiba je meraung sebab dia g cakar muka sendiri masa aktiviti paddling dia. susah jugak tu. so, bila mama takde kat tepi dia nak tengokkan zaid ni, mama akan pakaikan mitten. kalo tak biasa tangan zaid bogel aje.

and now zaid da 40 hari lebih!
hes a big boy already!
yey *clap clap*

zaid indeed a big boy. during his 1 month checkup, he was 5.6 kg.haha 
berat woh! apa taknya umur 9 hari, zaid dah 4.6 kg. lagi berat dari berat anas sebulan, 4.3kg. tu pon orang hoken centre dah cakap anas besar.


Monday 13 August 2012

happy and handsome boy is here

remember what i said about my pregnancy weight?
haha, no wonderla budak yang keluar nya 3.93kg hahha

zaid ammar bin muhammad hafiiz
24 july 2012 8.51 pagi
hosp. selayang

alhamdulillah,
selamat zaid keluar.:))

ingat nak update gak citer time beranak ..bukan hape, nak buat kenangan sendiri
time baru2 ni la better tulis,ye dak?
karang dah samar2 adanya susah pulak nak recall ;p

but for now, i better get myhouse tidy first
as abang n adik tido, abah is out, mama need to be supermak kjap
ok then pai pai

Tuesday 10 July 2012

my boys

@39th weeks
i still am a pregnant lady
baby decided to stay in for a little longer i guess
unlike his abang yang taksabar nak keluar @39th week,
perhaps baby is giving time for abang anas to manja-manja sikit lagi before he could join us.

anas sekarang memang asek merengek aje
orang cakap biasalah tu, orang nak dapat adik.sabo jela

ye, memang  kena banyak sabar
especially umur dia sekarang yang memang selalu dikaitkan dengan tantrum
dia akan merengek,menangis sebab dia xreti nak sampaikan apa yang dia nak
and because we cant understand him, dia lagi buat hal

im not complaining.i know its a phase of life
i maybe think im having a hard time here.
but i guess it goes same to anas.maybe harder
dia dah besar, banyak benda yang menarik perhatian dia yang dia nak main, nak try
dia dah ada kemahuan, tapi tak pandai nak sampaikan
dan mungkin juga terasa sunyi sebab i cant hardly bergerak untuk main dengan dia
anas budak aktif. mama xtersampai nak kejar anas.
kendian samishi omoi kana?sebab we are going to have baby soon

anas dear,
sesape pon datang lepas ni, xkisah la berapa orang pon adik anas lepas ni,
mama dan abah xpernah nak berubah kasih
mama dan abah tetap sayang anas seperti dulu
plus nanti ada lagi yang sayang anas sangat2 . he is your adik
haa, kan ke lagi ramai orang sayang anas tu
lagi best kan?:) :)

 anas budak pandai. mama tau anas paham. love u abang anas


Monday 2 July 2012

a quick summary

they say its FUN contraction aih?
haha, its really fun if u had nothing to do, or ur labour preparation is 100% done.
;p ;p
tetiba je ada glove n besbol pulak dekat ngn bag spital baby.  ada budak nak main catch ball ke while mama beraanak nanti ;p

im @37th week now
about 2weeks to my EDD
but maybe meletop earlier than that

contraction datang aje, sometimes mild and sometimes not haha
berat mama pon dah melambung tinggi make me hard to hangkut myself ;))
im now 67.2kg (hoh?) melebihi berat masa beranakkan anas dulu (64)

sebab? of course la sebab balik malaysia haha
@26th week 60kg
@30th week 65.3 kg (@malaysia of course ,, haha)

baby is fine, membesar dengan sihat dalam perut
anas pon doing great, adapting dengan bagusnya life @ Malaysia
mama tak tahan dgn panas ( i know its mengada, tapi mmg taktahan. bajet omputih gak aku ni)
abah is still seeking new job and work hard for our fitchan

us having good time balik kampong! good part duduk negara sendiri: we cann balik kampong weyhh haha


lots of things happened these days
hoping for a better life in Malaysia tanahair terchenta
semoga Allah merahmati kita semua . Amin



semoga urusan abah arini kat port going smooth n silky .amin

Friday 29 June 2012

alhamdulillah
abah is now at MITI claiming AP yang baru je approved after 3weeks
hmm they said it should take 2weeks je
and for the applicants who have japanese driving license it should be easier
well they said la kan

after all the susah payah, now AP da lulus, kami lega
banyak lagi process nk buat lepas ni, and hope seme berjalan lancar
amin

taksabar nk jumpa fitchan after 3months
uuuuu! kete buruk pon, tu kete sendiri..sayang oi! hehe


Wednesday 18 April 2012

Malaysia for good : gambare fitchan!

harini abah pegi antar fitchan ke yard
semoga kes bocor tu tak berulang
karang ada bawak air ujan nihon blk malaysia pulak w

semoga fitchan sampai ke Malaysia dengan selamat
semoga urusan nak claim fitchan nanti berjalan lancar
semoga fitchan boleh terus berjasa kepada puchibakazoku  selama yang mungkin
amin

bye-bye fitchan
we lap u
malaysia de aoune!

fitchan jiwang tgk fujisan. pic taken spring 2011

Sunday 15 April 2012

Malaysia for good :Cobaan!! (episod kereta)

13hb April 2012

Pagi-pagi lagi.....

Abah found out ada air bertakung kat seat belakang fitchan. Sebelum ni ada 2 kali abah jumpa tempat yang sama basah dengan air yang menjejeh-jejeh. Kalau letak kain memang boleh perah-perah air tu. Mula-mula ingatkan air tumpah. Air tu pulak tak berbau, tak belengas ke hape. Tapi dah basah tu, kepam la kete kan. This time, air tu bertakung terus, macam lopak air kat jalan tuu. 'Boleh main lempar batu' kata en.abah.

erk

Fitchan ni memang nak bawak balik Malaysia. Sebelum ni memang dah buat overall checkup (tenken). Alhamdulillah takde yang teruk sangat, tempat-tempat yang patut dicantikkan aru teido dah dipolish, bolehla nak dibawak pakai kat Malaysia tu.

Dah macam tu, kabut la kitorang. Alaahai, ni je reta yang ada. Abah pon pergi la Honda nak check fitchan and they said they need 1week to buat thorough checkup. Seminggu? ala, mana sempat! sebab we need to 'massyo' kete by 15th untuk dihantar ke ABIJapan untuk urusan bawak balik Malaysia.

Pullak!!

Ni kena 'massyo' arini jugak la ni. Pergila kami 3 beranak ke Shizuoakashi Rikuunkyoku. Sebelum tu singgah di Shiyakusho mintak inkan shoumei. Sebab kad inkan shoumei abah xjumpa, maka kenalah pulak register baru.. isk,, macam-macam

Sesampai kat rikuunkyoku tu, abah uruskan urusan massyo. dah cabut plate kete dah. Kendian, kakak tu cakap, 'eh, awak datang ngan kereta ke? abes tu macam mana awak nak balik kalau takde plate?'

Pullak!!

'Lor, ingatkan boleh dapat plate palang (kari bangou) kat sini?'
'Oh, kari bangou tu dapat kat shi(city) la.'
'laaa, yeke? shiyakusho ke? '
'haah'

Dengan itu jugak berlari la kakak tu pergi ambil balik plate kete yang memang giri-giri je nak di'shouri' (penyek). Naseb baik sempat! Kalau tak, kena register plate balik lagi mendokuse. Alhamdulillah. So, pasang la balik plate tu even sebelum tu dah bergambo dah kami 3 beranak ngan plate berjasa tu. Kami bertolak balik ke Shimadashi nak hantar fitchan ke Honda untuk bedah siasat dan kalau boleh nak cabut plate kete nak massyo terus aritu.

Nak dijadikan ceritera, tatkala abah menukar lane,,,

BANG!!!

erk

Fitchan kena langgar!!! err kira kitorang kena langgar la tu

Pullak!!!!

Ada kereta nak masuk jalan langgar kitorang.erk! Adusss!!! Abes belakang fitchan calar! Panjang pulak tu! Sakit, sakit! Body pon kemek dalam sikit.  Makan tayar sikitlaa kalo jalan takrata.Takde rezeki. Takpernah-pernah accident sebelum ni, saigono saigoni butsukerareta.




Alhamdulillah kami berempat selamat. Tak ada kemalangan jiwa berlaku ;p. Disebabkan air bertakung tu kat seat belah kiri, mama and anas duduk kat seat belakang belah driver tu. Jadi mama, baby dan anas tak lah kena perlanggaran-secara-direct. Masa tu pulak anas tengah tido atas mama (childseat dah masuk kontena) dan mama tengah nak ubah kedudukan dia. So, mama memang tengah pegang dia. Alhamdulillah, takdelah anak aku tu tercampak ke hape. Bersyukuuuur sangat!

Tula kan, nak jadi citer, macam-macam dugaan nak balik ni. Masa nak hantar barang ke port dulu pon banyak gak incident yang tak diduga. Nantila kalau ada masa, boleh update buat kenangan hehe. Banyak dugaan woo!!! Tapi semangat nak balik Malaysia tetap membara nih!^^ Harap-harap kat Malaysia nanti especially semua lancar la. Semoga dipermudahkan Allah. Semoga Allah kuatkan kami nak face semua ujian yang akan datang.

Masa kitorang kena langgar tu, kitorang tersenyum sinis. Takde marah, takde tension!
'Ya Allah, macam-macam! Dugaan yang!



Banyak words dalam japanese, sorry.

mari belajar bahasa jepung^^
massyo (輸出抹消) - lupus pendaftaran kereta for export 
rikuunkyoku (陸運局)- ala2 puspakom laa
mendokuse (面倒くさい)- leceh
kari bangou (仮番号) - plate pinjam
shi (市)- city
shiyakusho (市役所)- cityhall
butsukerareta (ぶつけられた)- kena langgor

Tuesday 10 April 2012

1歳6ヶ月児検診

siang tadi kitorang pergi checkup anas setahun setengah



Alhamdulillah, since abah dah start cuti aka duduk rumah abah pon join sekali kali ni so, senanglah kerja mama.bolehlah yakuwari buntan (bagi tugas)

After register, ada la sedikit penerangan. abah dengar while mama kejar anas yang sememangnya telah diexpect dari awal tak duduk diam punya.

1 測定 (ukur)
     berat : 11.04kg
     tinggi : 83 cm

2 内科
     Alhamdulillah sihat. tapi macam biasa, nampak doctor je teros ngamuk takmo duduk ^^

3 歯科 (gigi)
     Gigi dah banyak tumbuh dah. Alhamdulillah takde mushiba (cavities)

一部の記録


4 相談 (子育てについて)
    Disebabkan gigi anas dah semakin banyak, (infact gigi geraham pon dah tumbuh ujung thn lepas mama  punye main tajuk perbincangan was pasal gigi. Anas sangat susah nak gosok gigi. mungkin ramai lagi budak yang umur anas ni macam tu jugak kot. time gosok gigi, dia akan meronta macam maguro(tuna) naik atas darat. bila dia tido dia akan kemam mulut dan sanggup bangun sebab takmo gosok gigi. Plus, sekarang ni anas suka sangat chocolate. Jadi, WAJIBlah gosok gigi kan.

maguro penat nanges. dah ngantuk.

Sekarang ni kesimpulan yang mama buat
*tak boleh putus asa. jadikan gosok gigi rutin yang rutin betul. even tak gosok betul-betul, make sure dia 'gosok' jugak
*takboleh buat muka garang masa gosok gigi anas.kena buat happy-happy macam main
*kalau boleh shiage (gosok yang betul-betul) buat time anas baring. masa main-main golek-golek

ok, sangat tak mudah ok. tapi mama akan try. demi anas! mama takmo anak mama sakit gigi nanti...uuu!

 Mama sangat suka kalau pergi soudan dengan orang hoken centre nih. banyak nasihat dan pengalaman citer-citer diorang dulu yang diorang akan share. Lain orang lan cerita jadi kita boleh ada banyak rujukan. Nasihat mama, bagi semua mama kat Nihon kalau boleh pergi soudan, u should do so.  Biasa akan ada hoken centre buat 'soudan' (bincang or kaunseling ke?) sebulan dalam 2 3 kali. InsyaAllah lepas dah pergi soudan tu, kita akan rasa relief sikit. yela, biasa parenting kat nihon (or maybe oversea lain pon sama kot) kena buat sorang-sorang. Pandai-pandai sendiri je. Lagipon lepas dah cakap-cakap tu ringan sikit sebab fitrah manusia ni memang nak kena bercakap hahaha. Boleh luah perasaan lagi. and most important , its FREE!! haha. Kalau mama, mama suka! tapi mama pon jarang pergi. hehe. Sape cakap surirumah free time banyak? meh aku senduk sikit kepala

5 フッ素塗り( flouride protection layer)

    As expected, henshin(bertukar) jadi maguro lagila anak bujangku bila mau letak flouride tu. haha. tapi, bujini owatte yokatta. nak buat protection layer or not is up to parents sebenarnya. Option je time checkup kali ni. Mama memang dah decide awal-awal lagi nak haha. Sepatutnya, kena bayar 1000yen then kita boleh buat 5 kali. (berapa bulan sekali tah, mama lupa). tapi, sebab kitorang dah nak blah we manage to get sekali punya harga 200yen. murah kan? kalau kat dentist biasa mau 2000yen sekali kot.


Anas punye milestone pon bagus mama rasa. normal. selain dari tak pandai cakap sangat, dia average kot macam budak-budak setahun setengah yang lain. takpela anas. take your time. aseru koto nai yo. Semoga terus membesar dengan sihat dan pandai ye sayang. Balik Malaysia nanti boleh la anas practice cakap. ramai orang melayan haha

Pssst, sebelum checkup ni start, kitorang main dulu kat taman hoken center ni. Ya Allah, tadi ada budak baya anas la jatuh dari tempat panjat panjat yang anas suka main tu. Jatuh kepala dulu pulak tu! Ngeri sangat! Bawah tu konkrit yang batu-batu tau! Terus dibawa ke hospital. Semoga budak yang jatuh tadi takde apa-apa. amin

Mintak-mintak anas and other budak yang mama kenal dijauhkan dari terkena macam tu. Nauzubillah.

Tuesday 3 April 2012

Biar jauh beribu batu...


Oh ho hoiii! yup, I'm still in Japan ya'all

Slip kat atas ni from my leader kecik molek pn.Nadia Bakly. 
Apa dia buat? Dia post PB sets all the way from Malaysia to Japan for her beloved business partner ni la^^
Thank You Paan

PB set tu dah lama selamat sampai ke tangan costumer. and he, yes HE satisfied with them.
Dah menunjukkan hasil dah pon katanya
Ee Suka mak!

See, korang?! Biar jauh beribu batu pon, this PB biznes tetap boleh jalan
Biznes hujung jari !

 my gorgeous leaders. from left, NadiaBakly HanisHaizi and AliahNasreen




Jom, join group kitorang!^^
InsyaAllah akan dibimbing untuk berjaya macam mereka ni jugak

Do contact me ^^


Malaysia for good ; packing

aksi spiderman kenit yang sibuk menolong abahnya mem'packing' barang




kerja packing ni kitorang buat malam sebab siang tu mama busy cleaning anas's mess aje. Dah try buat siang, buat jenuh aje. spiderman tu akan keluarkan balik every single things yang mama masukkan.fuhh! dugaan! nak marah, dia bukannya tau. last-last mama jadi ijo sorang-sorang la isk

 

Yang paling menduga kesabaran bila packing mainan dia. tau pulak tu kotak mainan dia. abes anas pegi keluarkan balik mainan tu.dah seal pon dia koyakkan balik selitep tu.letak tempat tinggi , dia pegi panjat then jatuhkan kotak idaman dia tu.macam-macam akal budak setahun setengah ni.

budak kena 'sangkut' atas gobok sebab rajin sgt nak memanjat

Kitorang (read abah) start packing awal lagi dah.sebab memang bajet susah nak buat smooth aje. satu sebab spiderman kenit tu la, satu lagi sebab mama pon tak berapa sihat. Morning sickness memang berlarutan. blom kira tahun ni yang sejuknya lama dan tetiba panas buatkan badan darui (lemah)! Plus tahun ni kafun hampanaissu (pollen allergy yg agak teruk). Mama barely tidor  malam. mata gatal, telinga gatal, tekak jangan cakap la kan. Mask memang wajib kat muka. Alhamdulillah abah sihat sejahtera aje. adala terjangkit sikit-sikit, tapi abah kuat.hehe

Memang tulang belakang operasi kali ni adalah encik abah. thank you abah! nak harap mama kemas, tak teranto la barang kita ke malaysia.hihi

Mama cuma tolong sikit-sikit aje. Longgokkan setempat then bila abah balik kerja malam tu, abahlah yang akan bertungkuslumus masukkan dalam kotak, tengok space then keluarkan ambik gambar pastu isi balik dalam kotak. Memang mendokusai (leceh) sikit, tapi tula requirement dari pihak ABIJapan agent kontena kitorang. Tapi bagus jugak, nanti senang nak trace balik barang kot.


 Ni contoh gambar barang kitorang yang memang dipack dalam satu kotak. Lepas dah ambil gambar tu, kena la buat proper listing. Kitorang memang buat list sedetail yang boleh. haha. takmo kena tax punye pasal. takpela tak rugi pon kan. Nanti-nanti mana tau menyenangkan kita nak check barang ni ada dalam kotak mana pulak masa unpack. insyaAllah.

Semua sekali 41 kotak, untuk muat space 5m3 yang kitorang ambil.Alhamdulillah abah kata cukup-cukup spacenya. Yang banyak nye kotak mainan anas je. bukan apa, nak tinggal sayang. Hamek ko, aku hangkut seme balik Malaysia. Anas, lepas ni takdela mainan baru dah. Pose la kamu ^^

Semoga barang-barang semua selamat sampai  ke rumah kat Malaysia dalam tempoh yang dianggarkan. Amin

Monday 26 March 2012

Malaysia for good ; container service

sabtu lepas, selamat  sudah barang-barang kitorang dihantar ke yard untuk seterusnya dihantar ke port seterusnya dihantar ke MALAYSIA weeeeeeeeeeeeeee!!!!

lori yang siap diload barang, get ready untuk ke nagoya

masu-masu  rasa dah nak balik dah ni woi! woot woot! hahaha

Alhamdulillah berjaya jugak anto barang. bukan senang woo! macam-macam dugaan

Kitorang amek servis kontena dari ABIJapan yang beroperasi melalui port Nagoya. Tau ni kawan yang nak balik for good jugak ,yus yang dapat info dari kakrozi.

ABIJapan ni dengar nya baru start buat bisnes ni, jadi ni first time dia la. Yang buat nye student Master kat GifuDaigaku yang akan sambung PhD next sem insyaAllah. So, dia ni ada style tersendiri la dm uruskan kontena yang dia amek ni.

Kontena ni pon macam2 cara , or jenis yang boleh amek. yang kitorang amek kali ni barang and kereta diseperatekan. untuk barang, kami amek 5meter padu space. kiranya satu kontena tu dikoongsi beberapa orang pastu setiap orang boleh amek berapa meter padu yang diorang nak. kereta pulak asing.

kenapa kitorang amek servis ABIJapan ni? dalam banyak-banyak yang kitorang survey; call n email gyousha, ABIJapan ni harga paling berpatutan dan paling sesweei dengan need kitorang. Biasanya orang akan balik ke malaysia bulan March or april sebab student grad on march and business year pon start on April. Tapi kitorang ni pulak balik May, atas sebab-sebab tertentu. Jadi nak kalo nak murah, kenalah join orang yang ramai-ramai ni. tanya quote for April, sgtla mahal kontenanye. plus, we need to use our car sampai ke masa yang paling lama kitorang boeh pakai. takkan la kitorang nk blk may, kena shipping kete mid march.mau aku duk terperap je kat umah hahaha.

according to ABIJapan ni lagi, kalau amek servis yang kita share kontena dengan orang lain ni, cost nak bukak kontena kat malaysia ni lagi murah, sebab kita share. kalau kita amek satu kontena yang masuk kete sekali, takut urusan bukak kontena jadi lagi lambat kalau kete prob. itu kata dia la, bukan mama ye. Lagipon servis yang ditawarkan sampai ke rumah (malaysia). Jadi senang la keje kitorang sbb ada possibility  barang akan sampai before we reach tanahair terchenta. insyaAllah my PIL akan ada uruskan barang kat sana kalau kitorang taksempat sampai.

untuk kereta, date belum ditetapkan untuk kes kitorang.tapi untuk kawan; yus yang balik awal april ni, kete seme da siap anta kat port dah. tunggu kastam and lepastu insyaAllah shipping la kot. harap2 semua selamat sampai.

'orang kuat' operasi kali ni


until kete kena anto, bolehla merendek kot wahaha ..oopps eventho brg da anto port, barang kat rumah banyak lagi ni.. DOUSURU??

Thursday 22 March 2012

3kg tiramisu

since im using the pancake as the base, so x salah for having a scoop (read scoop scoop scoop) of tiramisu for breakfast kan?haha

lepas microwave punye plate da msk kotak ni, rajin pulak aku nak membaking.buang tebiat! tgh bz2 ni la dtg penyakit 'rajin' tak bertempat haha

tapi i need to control makan.last time during my anatenal checkup doc dah warning berat naik mencanak.hahahaha

'akachang ha genki. junchou desuyo. demo mama ha kiotsukenaito.. taijuu 3kiro mo fuetayo'

hikhik..dah nama lagi baru baik dari mabuk alahan;p mama qada' la makan mama selama beberapa bulan tu..as the result, hamek ko! 3kg! hahha

ok,kena control makan. xmo jd debu pregnant lady. n takmo baby jadi debu jugak! kena stay fit and healthy.

Wednesday 21 March 2012

pertukaran status

it is not as scandalous as the tajuk says
but yes,
today im completely will change my status

errr, visa status ;p

no more title engineer ;(

arini pergi imigresen.nak claim visa woot woot

Thursday 15 March 2012

kafun ha iya!

kap alif fun!!!

arghhh!!! tsurai yo

konkai ichiban hidoi!

maiban nemurenaihibi no nakade kikoku suru jumbi mo susumanakya

yappa kenkou daiichi dane

karada ga genki dattara, insyaAllah hokano shigotomo smoooth ni ikimasu

hayaku genki ninaranakya.... nante omouto

kafun ha kusuri nai yo

atta toshitemo,atashi nomenai shiii ;((


maaa maaaa moucotto mama!!! gambare!
Kamisama ha watashitachi no limit ijou ha tameshinai kara
dekiru!norikoeru kara koso tamesareterundayo!

GAMBARE

Thursday 1 March 2012

how to measure your PB size

There's only 4 areas for you to measure. And it is important to measure them precisely in centimeters (cm).
You need to measure:
1/ bust
2/ underbust
3/ waist - to do the trick: put your hand down at the side of the body. The waist line is the same line as your elbow
4/ hips *buttocks to be accurate ;)

selamat mengukur! then u can give me a ring or leave a message to get ur PB size. ;)

090-8092-1979 (jpn)
zuramamat@r.vodafone.ne.jp

how to wear your PB

full set of premium beautiful corset




pic from our leader hanis :)
entry takrn from by biz partner merangkap leader kecik comel, farhan nadia bakly

LONG GIRDLE




From the 3 pieces, you will wear the Long Girdle first.
  1. Firstly, fold the top of the long girdle outwards.
  2. Put your legs in carefully and slowly pull the girdle up until you have reached your hips. You may want to pull it one side after another "left right left right". Then you can unflod the folded part up to cover your tummy.
  3. Depends on the person but the upper part of the girdle should be above your belly button.
  4. Put one hand into the girdle (at the back) and pull up the flesh to lift up your buttocks, while the other hand pushes from the outside.
  5. Once it's done, adjust the girdle so that that you are comfortable and ensure that the butterfly is aligned centre of your body.

LONG BRA



  1. Bend down slightly so that your breasts can fill in the cup properly.
  2. Fasten all the hooks at your back. Ask for help from husband/ roomates/ mother/ sisters for the first timer ;)
  3. Put your hands into the cup and pull all the flesh from the back into the cup or use 2 fingers (index and middle finger). Keep doing this until you can see you have a 'flat back' especially around the scapula area.
  4. Adjust the strap and back.
  5. Ensure that the diamond and butterfly is aligned to the centre of your body, following the long girdle, and you're done.


WAIST NIPPER



This will go on last.
  1. Fasten the hook on the waist nipper. The hooks is placed on the left side of your body and the butterfly and the diamond at the top. You might need a help for first timer ;)
  2. Adjust the waist nipper and ensure that it is aligned with the diamond and butterfly from your long bra.
  3. Stand straight, inhale and pull the string to tighten and take it to the front of the body
  4. Tie the strings together. Hook the string at the front of your body as in the picture.

lifetime warranty babe ^^

cuba dulu, baru kenal. tak kenal, maka tak chenta  ;p




    how to wash your PB

    Q: How often should I wash my PB set?
    A: When you feel it's time to wash. You know your own body, you how much you sweat (or not). I personally don't have a wash schedule for my sets, I wash them whenever I want. sometimes the long girdle 2x a week, sometimes the waist nipper once a week, depends on me ;)
    Q: How long will it take to dry?
    A: If you wash it at night when you get back from work, just hang dry it under the fan or a.c or airy area and your sets should have dried the next morning ;)
    Q: What type of detergent should I use?
    A: Any soft detergent should be fine (including body wash or shampoo!). DON'T use bleach! Avoid powder detergent because we don't want to leave any unwanted residue on the FIR fabric. Recommended to use Premium Beautiful Natural Wash, specially formulated for lingerie (RM 42 per bottle)
    ............................................
    How to wash/ clean your PB sets
    1) What you need is a pail, detergent, clean water, dry clean towel, hangers



    2) Dilute the detergent with clean water in a pail

    3) Clean your PB sets lightly with care, DON'T use brush.
    4) or you can just leave it in the pail for 15 mins or so
    5) Rinse the PB sets thoroughly with clean water. DON'T wring or twist it.
    6) Dewatering your PB sets by wrapping up using a dry towel
    7) Hang them on hangers and put them under a shady and airy place. NO direct sunlight!

    Conclusion:
    - Hand wash only
    - No dryer
    - No wring or twist
    - No bleach or chlorine detergent
    - No ironing
    - No direct sunlight

    Friday 24 February 2012

    halfway

    weeee! Im @ my 20w now. ALHAMDULILLAH


    it get easier now compared to those morning (read all day) sickness days
    alhamdulillah

    anasnii today: pegi jab for influenza vaccin.nanges masa jarum masuk lengan aje!woo first  time nih. kalo tak, nampak doctor dah abes da ;p! sasuga AnasNii
     
    lari laju-laju

    oops, jatuh plak. pants marumie!woot

    run anas run!

    haaa, panjat la segala bagai

    budak baru lps kena cucuk! boys!mmg xeti duduk diam

    air mata wanita

    got this from fb. worth reading i must say :))


    A little boy asked his mother, "Why are you crying?"

    "Because I need to" she said.

    "I don't understand," he said.

    His Mom just hugged him and said, "And you never will."

    Later the little boy asked his father, "Why does mother seem to cry for no reason?"

    "All women cry for no reason," his dad answered carelessly.

    The little boy, still wondering why women cry, finally asked the old wise shaikh (scholar). "He surely knows the answer", he thought. "Ya Shaikh! Why do women cry so easily?"

    The Shaikh answered:

    "When ALLAH made the woman she had to be made so special. He made her shoulders strong enough to carry the weight of the world, yet gentle enough to give comfort. He gave her an inner strength to endure childbirth and the rejection that comes from her children. He gave her a hardness that allows her to keep going when everyone else gives up, and take care of her family through sickness and fatigue without complaining. He gave her the sensitivity to love her children under any and all circumstances, even when her child hurts her very badly. He gave her strength to carry her husband through his faults and fashioned her from his rib to protect his heart. He gave her wisdom to know that a good husband never hurts his wife, but sometimes tests her strengths and her resolve to stand beside him unfalteringly. And lastly, He gave her a tear.

    This is hers and only hers exclusively to use whenever she needs it. She needs no reason, no explanation, its hers."

    "You see my son, the beauty of a woman is not in the clothes she wears, the beauty of her face, or the way she combs her hair. The beauty of a woman must be seen in her eyes, because that is the doorway to her heart - the place where love resides."

    The little boy got the answer and never asked the question again.

    Friday 17 February 2012

    lupa

    kadang-kadang sibuk sangat dealing dengan my little jepun celup ni, i forget that i've to be extra careful with my womb.
    anas ni sangat handsfull ok.. mamanya pulak lembik takde stamina haha

    bob marley's fan?


    nak dukung dia ni memang kena stamina sebab budak ni memang tak reti duduk diam
    kadang-kadang sampai cramp perut aku!

    kena pulak kalo bawak keluar sampo (alaa, kat parking je pon biasa haha) , rushing mama lari kejar dia yang memang nak pegi arah jalan aje
    nak ajak jalan jauh la tu, tapi mama lepet hoho

    eksyen nak panjat tangga,mata kat lain, kaki kat lain caiittt!
    pernah dia pegi tolak stroller sampai jatuh dalam sawah depan rumah ni
    apa lagi lompat la mama ke bawah nak amek stroller tu
    aduss, anas anas!
    masa tu memang tak ingat ape da, nak selamatkan stroller tu aje dalam kepala otak
    da bwk naik stroller kat atas, tak sempat mama panjat naik, angin pulak datang!
    dusshhh! jatuh lagi mende alah tu
    tepuk dahi mama. aiyo

    tapi, apa-apa pon mama syukur Alhamdulillah
    anas membesar dengan sihat dan cergas
    jarang sakit Alhamdulillah
    semoga jadi anak soleh ye, anasnii ;P

     sindrom toddler tantrum udah nampak lerrrr tapinye gulp

    PB biz is HALAL

    The image down here prove that Hai-O Enterprise Bhd complied with Syariah , as in Table 1. You may call or look at the Securities Commission website for details

    And PB is not a Skim Cepat Kaya

    Tuesday 14 February 2012

    boom

    now ni kitorang ada puchi boom


    TOFU BOOM


    haha. taishita monjyanai no ye
    sekarang ni tofu jadi snack for anas and i
    lapar aje cari tofu dalam peti sejuk

    biasa mama makan dengan air gula
    alaaa, yang macam jual kat pasar malam tu
    ummmpphh sedaaaap!!!
    tak pon siram aje tofu tu dengan susu segar
    sedap jugak! lagi simple!! haha. senang!

    hora, mama no kuchi ni au mono mo kagiri ga aru karasaaa
    otoufu ha pittari!
    eiyou mo ii shi
    anas mo oishiku tabete kurerushi
    nani yori desu

    bekalan tofu xpernah putus wo inorimasu

    Monday 6 February 2012

    the scenery i miss

    taken at toyama (my kampong) by my kouhai (junior)


    inilah scenery musim sejuk dari bilik mama dulu.
    kebetulan kouhai duk apartment yang sama mama duduk dulu.

    tempat sekarang tak macam ni
    tu yang rasa riiiiiinnndu sgt dengan snow

    snow yang cantik dipandang
    tapi untuk hidup kat yukiguni (tmpt snow) tak semudah yang disangka
    biarlah jadi kenangan hehehe

    lepas ni balik malaysia susah dah kot nk jumpa snow ni
    lain la kalo company buat FOC trip ke snowing places ;)
    uuuuuu!!! i pray for that


    maji teringat zaman bercinta doludolu hakhak