Friday 21 September 2012

anas jaga adik

hari ni.

situasi:
mama kat dapur, preparing lunch
anas watching OhMyEnglish
adik nangis, tak selesa ngan nappy dia

mama: anas, could you plz tengok adik. adik nangis tu
(sambil meneruskan masak)

no responds from anas. dengar bunyi tv aje

da siap masak, mama check pergi kat adik.

guess what i found?

salon pass abah bertaburan tepi adik. haha

anas bagi adik salon pass incase sakit-sakit badan macam abah kot. lol

Friday 14 September 2012

jamak, qasar, jamak qasar


Dapat artikel ni dari facebook dari senior kat jepun dulu..sangat membantu men"clear"kan salah faham kita dalam tajuk ini. Kita ingat kita faham,tapi tak sebenarnya. Jom baca!

#Islam itu indah & mudah :) #

Menghadiri ‘conference’ dalam dan luar negara bukan perkara ganjil. Ramai yang pergi dan kembali, bahkan ramai yang berulang-alik ke pelbagai destinasi dengan niat mengembangkan ilmu. Ini perkara rutin bagi seorang researcher atau ahli akademik di universiti atau ‘research centre’. Tidak ketinggalan bagi yang suka melancong, musafir adalah perkara ‘ghalib’.



Sungguhpun setiap musafir dengan niat kerana Allah besar ganjaran pahalanya, namun harus ditelusuri feqah yang berkaitan dengan musafir tersebut, adakah bertepatan dengan syariah? Mungkin ramai yang tidak pernah mengambil kisah akan adab musafir mengikut sunnah. Amat rugi, jika kita tidak mengambil kepentingan dari perkara adab dan sunnah Rasul. Namun perkara sunat bukanlah ‘aula’ jika yang wajib masih terumbang-ambing. Antara sedar atau tidak, ramai yang melakukan kesalahan berulang akan hal yang wajib seperti SOLAT.


Walaupun isu solat jamak atau jamak qasar bukan lagi menjadi topik perbincangan mutakhir ini, namun saya melihat ianya masih lagi perlu diperhalusi kerana masih banyak salah faham yang berlaku. Malah, masalah ini seringkali berlegar-legar dalam kumpulan teman-teman yang bermusafir bersama saya. Tidak kira musafir ke tempat jauh atau dekat, isu solat tidak boleh dipandang remeh.

Lihat situasi berikut:

Sehingga ke hari ini, masih ramai yang menganggap bahawa solat jamak qasar boleh dilakukan 3 hari pertama berada di sesuatu tempat. Sedangkan menduduki tempat melebihi 3 hari tidak lagi dikira musafir tetapi ‘bermukim’ (sudah gugur taraf musafir). Jadi, solat jamak qasar sama sekali tidak ‘valid’ apabila anda telah sampai ke destinasi. Tiada nas yang membenarkan solat jamak qasar pada 3 hari pertama anda bermukim. Solat jamak qasar hanya ‘valid’ sepanjang perjalanan anda yang melebihi 89 km dan tidak ‘valid’ sebaik tiba di destinasi yang anda ingin duduki melebihi 3 hari. Sekali lagi diingatkan, jamak qasar selama 3 hari hanya dibenarkan untuk orang yang benar-benar singgah tidak melebihi tiga hari di sesuatu tempat.

Namun, anda masih diberi rukhsah untuk menjamakkan solat apabila berada dalam situasi yang sukar. Dan jamak ini dibenarkan sepanjang tempoh mukim atas sebab-sebab yang diizinkan syarak. Salah faham berlaku apabila kebanyakan kita tidak jelas akan perbezaan antara solat jamak qasar dan solat jamak. Mungkin silibus pendidikan Islam di peringkat sekolah perlu dikaji semula kerana belum mampu memberi kefahaman tentang masalah feqah yang paling utama ini. Ataupun ustaz ustazah perlu mengkaji kaedah pengajaran agar lebih berkesan dan dapat difahami oleh pelajar di sekolah.

Sedikit pencerahan tentang solat qasar dan solat jamak.

1) Solat Qasar

Sekiranya anda bermusafir ke sesuatu tempat yang perjalanannya melebihi dua marhalah atau 89 kilometer, maka diharuskan untuk mengqasarkan solat.

(Dua marhalah bersamaan empat burudin di mana setiap burudin mempunyai empat farsakh dan setiap farsakh terdiri daripada 5514 meter mengikut kiraan moden. Dari itu, dua marhalah adalah bersamaan 89 km.)

“Dan apabila kamu musafir di muka bumi, maka kamu tidaklah berdosa mengqasarkan (memendekkan) solat jika kamu takut diserang oleh orang kafir…” [an-Nisa’ : 101]

Bahkan dalam satu hadith Riwayat An-Nasa’i dan Abu Daud, Rasulullah s.a.w mengharuskan para sahabat mengqasarkan solat walaupun bermusafir dalam keadaan aman.

Qasar adalah memendekkan solat, yang 4 kepada 2.

Syarat qasar :

1) Jarak perjalanan > 89 km

2) Bermusafir tidak melebihi 3 hari penuh (tidak termasuk hari berangkat dan pulang)

3) Sudah memulakan perjalanan dan keluar dari mukim atau kawasan kampungnya.

Apa bezanya solat qasar dan solat jamak?

2) Solat jamak

Pada asasnya, solat jamak tidak berkaitan secara langsung dengan solat qasar dan ianya boleh dilakukan atas pelbagai keperluan yang dibenarkan syarak. Solat jamak maksudnya menghimpunkan solat tanpa mengurangkan rakaat.

Perkara yang membolehkan jamak:

Dalam Syarah Muslim, Imam al-Nawawi r.a berkata: “Beberapa imam membolehkan jamak bagi orang yang tidak musafir, bila terdapat suatu kepentingan, asalkan hal itu tidak dijadikan kebiasaan. Ini juga merupakan pendapat Ibnu Sirin dan Asyhab dari golongan Maliki, juga pendapat al-Quffal dan al-Syasy al-Kabir dari golongan Syafi’i, juga dari Ishak Marwazi dan dari jemaah ahli hadis, serta pendapat yang dipilih oleh Ibnul Mundzir. [al-Majmu’, jil. 4, ms. 264]

Dalam kitab feqah karangan Dr. Basri Ibrahim ada menjelaskan keharusan jamak kepada beberapa golongan yang memerlukan seperti sakit, ketakutan, pekerjaan yang punya maslahat kepada umat, bencana alam dan musafir. Bahkan syarat bagi musafir untuk menjamakkan solat tidak diwajibkan melebihi dua marhalah. Waima orang yang terperangkap dalam kesesakan jalan raya dan tidak mampu keluar dari situasi tersebut boleh berniat jamak, dan melaksanakan solat jamak ta’khir apabila sampai di rumah. Ini kerana solat jamak tidak terikat kepada syarat jarak perjalanan, musafir, bermukim dan keluar dari mukim.


2 Jenis solat jamak yang anda sedia maklum:

1. Jamak Taqdim iaitu mengerjakan solat Zuhur dan solat Asar dalam waktu Zuhur atau solat Maghrib dan solat Isya’ dalam waktu Maghrib.


Syarat jamak Taqdim :

1) Hendaklah bersolat secara tertib iaitu mendahulukan solat Zuhur daripada solat Asar dan solat Maghrib daripada solat Isya'.

2) Hendaklah niat Jamak Taqdim di dalam solat pertama sebelum salam tetapi yang afdhalnya di dalam takbiratul ihram.

3) Berturut-turut di antara solat yang dijamakkan itu.

4) Berkeyakinan adanya waktu solat yang pertama (Zuhur atau Maghrib) berkekalan sehingga didirikan solat yang kedua (Asar atau Isya’).


2. Jamak Ta’khir pula ialah mengerjakan solat Zuhur dan solat Asar dalam waktu Asar atau solat Maghrib dan solat Isya’ dalam waktu Isya’.


Syarat jamak Ta’khir :

1) Hendaklah berniat jamak ta’khir dalam waktu pertama iaitu Zuhur atau Maghrib. Tidak sah solat jamak ta’khir yang dilakukan akibat luput waktu solat, tanpa diniatkan sedari awal waktu solat yang pertama.


Jadi, apa perbezaan jamak qasar dan jamak?


Sangat berbeza kerana,

1. Jamak qasar bermaksud menghimpunkan dan memendekkan, manakala jamak bermaksud menghimpunkan sahaja.

2. Jamak qasar hanya dibenarkan bagi orang yang sedang bermusafir melebih 2 marhalah dan singgah tidak melebihi 3 hari penuh.

3. Jamak pula dibenarkan pada pelbagai keadaan mengikut keperluan yang syari’e.


Lihat situasi berikut :


Contoh 1: Ulama membincangkan masalah solat jamak sebelum memulakan perjalanan. Jumhur ulama berpendapat, boleh menjamakkan solat sebelum bertolak sekiranya dibimbangi berlaku kesukaran untuk solat dalam perjalanan. Pendapat ini berdasarkan hadith:

"Rasulullah saw menjamakkan solat Zohor dan Asar di Madinah, pada masa itu tiada ketakutan dan tidak pula musafir, Abu al-Zubair berkata : Aku bertanya kepada Sa'ed (iaitu Ibn Jubair), Kenapa baginda melakukan begitu? Dia berkata, Aku telah bertanya Ibn 'Abbas soalan yang sama, dan dia berkata : Baginda tidak mahu sesiapa dikalangan umatnya menghadapi kesukaran" [Hadith Riwayat Muslim no. 705].

Tapi perlu diingat.. yang dibenarkan adalah solat JAMAK, bukan JAMAK QASAR.

Sekali lagi ditekankan bahawa jamak qasar hanya boleh dilakukan apabila anda sudah memulakan perjalanan dan keluar daripada mukim.

“Diantara syarat-syarat sah memendekkan (qasar) solat adalah hendaklah musafir melepasi pagar kampung (balad) yang dimulakan permusafirannya" [al-Fiqh al-Manhaji 1/187].


Contoh 2: Anda sudahpun dalam perjalanan pulang ke rumah. Akibat kesulitan sepanjang perjalanan pulang menyebabkan anda tidak mampu menunaikan solat dalam perjalanan. Sebagai contoh, jalan yang sangat 'jam' (musim perayaan) yang boleh menyebabkan terluput waktu solat. Maka dibolehkan anda jamak ta’khir di rumah. Sekali lagi ditegaskan, dibolehkan JAMAK, bukan JAMAK QASAR. Kerana jamak qasar tidak ‘valid’ apabila anda telah sampai di rumah.


Contoh 3: Apabila mengalami sebarang kesulitan di tempat anda bermukim (musafir yang melebihi 3 hari), maka dibolehkan jamak. Contoh kesulitan berbeza mengikut situasi. Berada di tempat asing memungkinkan kita berhadapan dengan pelbagai masalah. Hanya yang mengalaminya dapat merasakannya. Jangan tinggalkan solat, sebaliknya jamaklah pada sesetengah keadaan yang sulit. Allah telah memberi kelonggaran kepada hamba-hambanya pada setiap keadaan agar kita menjadi hamba yang sentiasa ta’at.

Syeikh Mohammad Salih al-Munajjid juga pernah menyatakan hal ini :
"Dibenarkan bagi seseorang yang bermukim (tidak musafir) menjamakkan dua solat jika ia menjadi terlalu sukar untuk melakukan solat yang kedua pada waktunya. Kebenaran menjamakkan solat adalah LUAS berbanding dengan memendekkan solat, kerana memendek (qasar) solat hanya dibenarkan kepada musafir sahaja. Akan tetapi jamak dibenarkan kepada musafir dan bukan musafir untuk menjamak solat apabila menghadapi kesukaran menunaikan solat samaada pada waktunya atau didalam jemaah".

Dengan itu, jelas sekali ketetapan untuk solat tidak pernah gugur walaupun kita berada dalam kesulitan. Bahkan Allah telah memberi kemudahan untuk kita tetap ‘thabat’ di atas jalan-jalan orang yang abid.

"(Dengan ketetapan yang demikian itu) Allah menghendaki kamu beroleh kemudahan dan Dia tidak menghendaki kamu menanggung kesukaran"[al-Baqarah : 185]

"dan Dia tidak menjadikan kamu menanggung sesuatu keberatan dan susah payah dalam perkara agama" [al-Haj : 78]


_________________________________________________________________________________
Disclaimer Note : Setiap pendapat saya adalah bukan pendapat peribadi yang condong kepada mana-mana fahaman. Pangkal dalam setiap hukum syariat Islam adalah dalil dari al-Quran dan hadith. Telah berkata Imam Malik r.a, “mana-mana pendapat yang dilontarkan setiap muslim boleh diambil dan boleh ditolak, kecuali yang datang dari Muhammad s.a.w”. Jadi, sekiranya terdapat pendapat yang tersasar daripada dalil yang sahih, maka lakukan penolakan. Yusuf Qardhawi pernah mengingatkan bahawa setiap muslim adalah tawanan hujah yang kuat serta dalil yang sahih. Dr. Yusuf al-Qaradawi juga telah mengupas mengenai isu jamak dan qasar ini dalam Fatwa Mu‘asarah (1/245, cetakan Dar Uli al-Nuha, Beirut ).
Allah Lebih Mengetahui.
ASMAH ALIAS. UiTM. AS 990, 9 Sept 2012, 22 Syawal 1433 H

Wednesday 12 September 2012

'angin'

alhamdulillah

mama dah abes pantang. emm bagi mama zaid dah abes pantang. why? sebab mama  xdela pantang sangat. cuma buat yang obvious kena pantang for zaid aje. contoh nya xmakan makanan yang susah nak hadam macam kacang ke, sebab nanti 'angin'. so, raya aritu no kuah kacang (。-_-。). tapi MIL bagi sesuap for hilangkan kempunan ;). lemang pon tak boleh makan. pulut based food memang angin banyak sebab susah nak hadam even kita dah kunyah banyak. kalo ikut mama, mama hentam aje, tapi nanti kesian zaid. orang kata angin ni boleh berjangkit kat anak. erm, mama pon taktau macam mana mekanisme nya. tapi i guess better ikut kot bab ni. takmo zaid jadi bahan eksperimen plak. haha. dalam banyak- banyak pantang !ni lah yang mama paling ikut. tu pon kadang- kadang 'ter' jugak haha. masa anas dulu, memang takde nye aku nak amalkan pantang ni. 'angin'? apa tu? haha. tapi even anas lahir musim raya jugak, (2nd syawal) kami takde makanan yang menyelerakan-sampai- langgar-pantang sangat. raya dulu paling-paling pon mama buat rendang je. no lemang ketupat bagai. 

pernah sekali zaid kena 'angin' (kot). zaid tak boleh tido malam tu. perut kembung. meragam la sikit. perut zaid memang mama tuam je tetiap hari. mama takde tuam yang comel-comel bunjut tu. mama just pekapkan kain ke iron, rasa dulu panas sangat ke tak sebelum tuam kat perut zaid. tuam express haha. masa kat jepun dulu, masa cakap kat doctor pasal angin, derang macam tak ambil pot sangat. ke memang takde istilah angin tu kot. cuma, kalo perut baby tak selesa, keep breastfeeding. biar baby membuang banyak. kalau banyak angin pon, insyaAllah dengan breastfeeding, baby akan automatic banyak kentut. jadi bila baby banyak kentut, maknanya dia buang 'angin'. jangan bimbang. selain tu, everytime lepas menyusu, pastikan baby burp dengan betul. breastfed baby kurang sikit burp jika dibandingkan dengan bottle-fed baby. satu lagi, gosok perut baby buat bentuk 'の' kat area pusat. insyaAllah kentut-kentutlah baby.

satu lagi kat orang tua-tua suruh pakaikan baby stokin or booties untuk halang angin. mm, mama tak paham mekanisme dia. so mama pandai-pandai buat teori sendiri. kalo tak pakaikan stokin, sejuk so badan angin. boleh? haha. jadinya, kalo tak sejuk takpela tak pakai kan haha. pendapat kata angin masuk kut kaku tu mama takboleh terima. sori, otakku lembab sikit nak terima fakta sebegitu. masa kat jepun dulu, derang tak bagi pakaikan baby booties or mitten dalam rumah. sebab derang nak suh biasakan baby dengan cuaca kat sana. kalo duk pakai aje, karang tak tahan sejuk pulak. anas dulu memang tak pernah pakaikan stokin dalam rumah. err, keluar pon kadang- kadang je pakai. haha. mitten pon tak pakai sampai calar balar muka budak tu dia cakar sendiri. haha. tapi ada point nya mama tak pakaikan. kita 'belajar' the most melalui kulit kita. kalo kita cover, jadi hilanglah sense tu. anggota kita yang paling banyak ' menyentuh' kan ke tangan. so, betul la pegangan orang jepun ni.  kan best mama-mama seme pegang jari baby while menyusu instead of pegang mitten? ye dak? tapi kalo budak mencakar banyak sangat , pakaikan pon bagus jugak. macam zaid ni, tetiba je meraung sebab dia g cakar muka sendiri masa aktiviti paddling dia. susah jugak tu. so, bila mama takde kat tepi dia nak tengokkan zaid ni, mama akan pakaikan mitten. kalo tak biasa tangan zaid bogel aje.

and now zaid da 40 hari lebih!
hes a big boy already!
yey *clap clap*

zaid indeed a big boy. during his 1 month checkup, he was 5.6 kg.haha 
berat woh! apa taknya umur 9 hari, zaid dah 4.6 kg. lagi berat dari berat anas sebulan, 4.3kg. tu pon orang hoken centre dah cakap anas besar.