Tuesday 8 November 2011

paburoba da kasanoba

Inilah pavlova comot untuk incik abah!*clapclap*
inspired by kak ita yokohama nun..thank you kak ita!
saya copypaste aje ni kak. nak tempek resepi buat rujukan untuk masa depan :))

Resepi pon ambil dari kak ita yang dikatanya dintai-intai dari rumah kak Rima Singapore nun
resepi asal dari Jun @cupkekasi
terima kasih semua kerana sudi kongsi resepi



Pavlova
Bahan-bahannya

120 g putih telur - mama pakai 6 biji telur saiz SM
200 g gula kastor (1cawan ) - mama letak 160g aje
1/2 sudu teh esen vanilla - tak letak sebab ada orang bagi advise kalau nak pavlova 
jadi putih better tak letak @ tukar pakai orange oil etc
1 sudu teh cuka makan - tak letak sebab takde cuka. ganti dengan lemon
1/2 sudu besar tepung jagung- letak 1 tbs tepung jagung

Hiasan
1 cawan heavy whipping cream - mama pakai fresh cream biasa aje
boleh letak topping buah- buahan kegemaran
(mama letak buah yang ada aje, kiwi, melon, orange)

tak ada gambar cantik pulak. rujuk page kak ita la. gambar dia cantik-cantik

Cara membuatnya
 
1. Panaskan oven 130 darjah selsius, dan letak rak di bahagian tengah.
2. Oles mentega sedikit sahaja pada loyang bakar (loyang biskut) dan lapik dengan kertas.
3. Sebelum itu, lukis bentuk bulatan 9" in diameter sebagai panduan untuk menuang adunan nanti. Terbalikkan kertas itu ketika melapik loyang supaya bahagian berlukis tidak mengenai adunan. (mungkin better letak butter sikit atas kertas sebab haritu buat pavlova dan kertas melekat)
4. Masukkan putih telur dalam mangkuk dan pukul dengan kelajuan sederhana sehingga menjadi buih yang gebu dan stabil serta hujungnya nampak tajam macam duri durian.
5. Masukkan gula sedikit demi sedikit sampai habis dan baru ubah kelajuan kepada maksimum.
6. Putih telur akan semakin menggebu selepas 4, 5 minit. Masukkan esen vanilla, cuka (letak lemon aje) dan tepung jagung.
7. Guna spatula plastik untuk mengaup adunan dan letakkan dalam loyang dan perkemaskan bahagian keliling meringue ini supaya nampak lebih comel. (atau boleh masukkan dalam piping bag, dan buatla corak sesuka hati heh)
8. Bakar antara 60 - 75 minit, sehingga lapisan luar meringue menjadi keras rangup (dalamnya gebu lembut).
9. Matikan oven dan buka sedikit pintu oven. Setelah sejuk, simpan dalam bekas kedap udara.
10. Bila nak hidang baru disapu fresh cream (whipping cream) dan hias dengan buah-buahan dan sirap yang disukai.


Sedap pavlova ni. abah suka, anas pon suka. tapi taktau la betul ke macam ni sepatutnya rasa dia. hehe. sebab tak pernah makan sebelum ni.hehe. tapi makan undress pavlova ni memang manis sikit. kalau campur dengan krim and buah, rasanya mabeles!mabeles!

Sangat worth untuk try! cubalah!(^o^) tak susah.. lagi-lagi kalau ada pertolongan dari little masterchef !;p 
 dia duk tonggang bowl fresh cream

pastu bawak lari masuk bilik haih anas, anas

Hari tu hari jadi abah, ingat nak masak spesel sikit, tapi ini aje yang termampu buat. Burger takdan siap pulak. Banyak pulak barang short kat rumah hehe *alasan*

duk ngadap makanan, tapi mata kat tv
 
 my first trial of chicken pot pie.dalam tu buat chicken stew aje. Belajar dari youtube sensei aje ;p.tutorial

 ini

anas's chicken pot pie. need to find a very good tutorial on how to make pie crust. yang buat kali ni hentam sendiri aje

Hari esoknya, kami ambil kek birthhday abah kat kedai yang memang dah lama ditempah.banyak pulak desert kat rumah sekarang ni. isk isk! takpe takpe.rezeki ni .Alhamdulillah

selamat hari jadi kanda!

p/s untuk diri sendiri: Jangan skip pakai PB ye

3 comments:

  1. oishisou! rajin gile hg masak spesel mat

    ReplyDelete
  2. arrr terharu, bukan aku pun abah si anas tapi aku terharu! rajin pleaseee! post skit to malaysia zura! :)

    ReplyDelete
  3. yus: mcm taktau aje aku mmg rajin harharhar

    paan: setahun sekali je ni paan..hari2 lain mkn mihun goreng aje ;p

    ReplyDelete