Showing posts with label jalan-jalan nippon. Show all posts
Showing posts with label jalan-jalan nippon. Show all posts

Thursday, 3 November 2011

zoo debut!

Hujung minggu lepas kami pergi zoo!tengok ba (bird), ba (rusa), ba (monyet) dan lain-lain lagi ;p..haha betul ni tak tipu!tapi bagi anas seme binatang-binatang tu semua dia panggil be.(read 'be'-bird punya sebutan without 'rd'). Kami pergi ke nihondaira zoo. terletak dalam shizuoka city jugak. Nihondaira ni jugak terkenal dengan ropeway.tapi kami  tak pergi lagi la pulak.Tengoklah kalau ada rezeki lainkali.

Bayar masuk untuk orang dewasa ¥500 aje.agak murah la kan?tu yang kami suka!murah atau pun freeeeeeeeee!hehe.parking pon banyak, jadi tak ada masalah.masa kami pergi tu takdelah pulak sesak, ok-ok aje.zoo ni pon bukanlah besar sangat tapi ideal untuk bawak budak-budak.

Kami masuk dari pintu Timur (東口)sebab parking kat situ.jadi awal-awal yang menyambut kami adalah ini タンチョウ.apa benda dlm bahasa melayu nya entah.dah lupa.tapi dalam bahasa anas 'ba!'

ma, ba!

ba ba! ba ba ba!

ok, time ni dah abes cakap 'ba ba' dah.dah masham!

Lepas tu kami 'round' kat spesies monyet pulak.ada nihonzaru, mandril, cimpanzi orangutan dan lain-lain lagi. tapi taktaula perasaan ke hape, monyet-monyet ni tak ceria (genkinasasou). semua nak pusing belakang. agaknya bosan kot duduk kat situ aje.tak boleh nak monkeying around.

ni orang utan ni. asal borneo. rasa macam satu kampung pulak, jadi kami tegur la pakai bahasa melayu ;p

ni baby orang utan. kecik sangat!dan lagi nak jenguk muka time orang nak ambil gambo dia

Kemudian kami pergi area binatang liar pulak. ada harimau, singa, jaguar, beruang kutub dan lain-lain lagi. yang paling best nya, area ni dalam bangunan. jadi, tak panas sangat.( atau mungkin taksejuk sangat untuk melawat pada musim sejuk).

sea lion @azarashi
anas takut TORA!

 mowglinas try bersemuka dengan bagheera ^^

Keluar dari bangunan tadi,  kami pergi area gajah ,zirafah bison dll.anas try bagi zirafah makan daun!haha tapi dia baling aje daun tu sebab takut tengok lidah zirafah tu. panjanggg! jangankan anas, mama anas pon menjerit lol!
orang duk sibuk tengok gajah, dia duk sibuk belek wire tu

 tapi dalam banyak-banyak, kat sini jugak dia paling suka.sebab ramai budak. anas ni ada hati nak berkawan dengan budak yang lagi besar dari dia..smaller kalu, tak layan!


Dekat area rumah burung, ada orang jual aiskrim!popcorn pon ada.kami singgah kejap layan aiskrim.kat sini jugak ada 'theme park' kecil.sesuai untuk budak-budak. anas belum lagi.tak cukup inci



kami skip rumah burung sebab hari dah gelap (as maghrib masuk awal sebab dah masuk musim luruh) .kami naik ropeway ke gondola ke apa tah namanya ni.ini kena bayar asing ¥100 sorang. paling ramai boleh naik satu godola tu 2 dewasa dan 1 budak. nampak tak yang melingkar tu? itu adalah gelungsur. biasanya orang akan turun pakai gelungsur jadi takpayah la bayar¥100 untuk turun pulak.ada sarungtangan dibekalkan untuk turun, sebab gelungsur panjang ni landai aje.
kami turun pakai gondola aje.sebab kami pakai crocs je aritu.crocs tak dibenarkan atas sebab keselamatan. masa turun tu, boleh nampak fujisan!!cantik, subhanallah.tapi masa kami pergi ni daun-daun tak bertukar warna sepenuhnya lai,masih kuning sikit-sikit aje.agaknya kalau dah full kouyou mesti lagi cantik 

overall, zoo ini sesuai untuk bawak anak kecil. ia tak sesak, taklah besar sangat dan binatang yang ada pon dah cukup menarik.yang paling penting bayaran masuk nya tak mahal hehe.

lainkali boleh pergi lagi kan bah?! hehe

Friday, 14 October 2011

Mt.Fuji Gogoume

Mt.Fuji a.k.a Fujisan adalah gunung tertinggi di Jepun.Fujisan ni cantik!!terutamanya kalau ada salji kat puncak dia.Subhanallah.fujisan ni kalau tengok dari arah mana pon dikatakan sama aje.sebab bentuk dia simetri.haa, tu salah satu keunikan fujisan
Fujisan on that day (atas awan tu)


I pernah panjat Fujisan ni dulu.masa 1st year U.haha cerita lapuk!panjat malam sebab nak tengok sunrise pagi nya.subhanallah !sangat cantik..tapi gambar-gamba climbing dulu semua dah takada :((

Gogoume ni adalah permulaan pendakian ke puncak Fujisan.ketinggian 2,300km dari aras laut.maknanya kat sini final station boleh naik ngan kereta.masa kami pergi minggu lepas dah sejuk sangat dah kat Gogoume tu.padahal baru awal musim luruh.dekat 2goume dah boleh tengok 'kouyou' (red leaves) dah.kiranya kami pon 'kouyou gari' la sekali

Kami kesana dengan beberapa kenalan lama dari universiti dulu.sekarang semua dah berkeluarga dan beranak pinak.cepat betul masa berlalu.masing-masing duduk jauh.kebetulan ada jugak wives yang datang dari malaysia visiting incik suami masing-masing sekali, jadi semangat la sikit nak berkumpul sambil makan angin ^^

Masa kami pergi ni, anas tak berapa sihat.selsema dah 3 hari.badan pon dedar-dedar.jadi kami pon takdelah nak mengaktifkan diri.perjalanan pon jauh.3jam lebih ikut highway sebab Gogoume tu terletak dalam Yamanashi-Ken.(prefecture lain).kami pon ikut jalan dalam sebab masa tu 3renkyu (cuti 3 hari sebab isnin tu jap's public holiday).sah-sah jam panjang kalau ikut exit Gotemba.jadi kami keluar kut Fuji exit.jadinya perjalanan kami ambil masa sikit. mula-mula kami semua ke Kawaguchi Lake for petit picnic.bentou dibawak oleh umi Murni.hehe kami bawak diri aje.haha..thank you umi Mur.sedap mi goreng!lenkali boleh la bawak tiramisu sekali harharhar

us  @ Kawaguchi Lake , Yamanashi Prefecture


anas joining acan&ucin team

all of us

Dah sembang-sembang dan makan-makan sikit dalam pukul3 kami bergerak ke Subaru Line menuju Gogoume.Subaru Line ni nak masuk kena caj ¥2000 per kete biasa..aiyo!!mahal !tapi takpela sekali aje ni.pasni tak datang dah hahaha

Dalam perjalanan ke puncak, kami singah di Oosawa stop (4goume) ambil-ambil gambar sementara tungu kereta lain sampai.waktu sampai tu anas tidur.tapi terbangun sebab sejuk kat luar.haha.tiap kali angin datang, kejng badan.haha
anas was still sleeping at this time


still mamai ni


Lepas solat, kami teruskan perjalanan ke Gogoume.sangat sejuk!cepat-cepat kami masuk dalam kedai sourvenir.dah ambil haba sikit, baru keluar balik ambil gambo.haha.anas suka la.sebab dia boleh 'lari' dengan lajunya kat sini.kat lake tadi berbatu-batu.jadi dia xdibenarkan tunjuk skil lari dia.kat sini dia 'lari' sepenuh hati.(kimochi ha hashirundakedo naa, speed ha hontou amma kawannai hehe)





 
Fujisan at the back


kami sampai pon dah gelap, jadi puncak fuji pon dah ditutup awan.tapi tiap kali awan tu dah lari, seme duk kalut2 ambil gambar dengan family masing-masing.'cepat-cepat!awan dah takde.gambar!gambar! ..Joe! camera Joe!' haha

  
ala, bagila can! :p

lepas makan malam sama-sama kami balik ke tempat masing-masing.we really had fun that day.cathing up with old and new friends,jalan-jalan, makan-makan like those old days.thank you semua.jumpa lagi nanti!

and for us, a long journey was still waiting thatt night.and worst, abah had to go to work the next day!haha

abah,weekwnd ni kita nak pergi mana pulak? ;)